Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram

Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram

KUALA LUMPUR – Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan ‘Black 505′ yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh.
“Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin meneruskan niat mereka untuk berhimpun.
Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL. – mStar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story