Remy Ishak Tayang Badan Sasa

REMY

Fenomena bina badan di kalangan selebriti terutamanya artis lelaki seakan-akan menjadi trend masa kini.
Antara artis Malaysia yang mempunyai tubuh badan sasa dan menarik ialah Norman Hakim, Aqasha dan Sabhi Sadhi.
Ini berikutan tuntutan watak yang memerlukan mereka tampil gagah dan sasa sesuai dengan karakter yang bakal dilakonkan.
Pelakon kacak yang memang tidak perlu dipertikaikan bakatnya, Remy Ishak juga di antara artis yang gemar berkunjung ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik dan kekar sesuai dengan gelaran selebritinya.
Remy sempat berkongsi gambar lamanya dengan badan ’6 pack’ semasa menjayakan penggambaran filem Bravo 5 tahun lalu.
Kali ini, Remy juga bakal tampil dengan badan sasa sebegitu untuk menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Jiwa yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story