“Saya Ayah ‘Ortodoks’, Sejujurnya Tak Faham Mengapa Begini Nasib Abil”

Amy

‘Saya seorang ayah yang ortodoks’ – itu pengakuan legenda rock tanahair, Amy Search apabila pertanyaan mengenai cerita kurang enak mengenai anak sulungnya iaitu pelakon Nabila Huda diajukan kepadanya.
“Saya sememangnya seorang yang ortodoks terutamanya cara saya mendidik anak-anak,” kata Amy.
Menurut Amy, Nabila atau mesra disapa dengan panggilan Abil, seorang amat arif dengan perangai bapanya. Apa yang berkenan di hati Amy dan sebaliknya, kata Amy kesemuanya sudah difahami oleh anak perempuannya itu.
“Abil cukup arif dengan karakter saya dan dia tahu yang jika ada perkara yang tak berkenan di hati saya, saya lebih selesa mendiamkan diri. Jika saya terbaca apa-apa artikel mengenai dirinya, saya tak perlu untuk bertanya apa-apa pun kepadanya jika tiada keperluan bagi saya berbuat demikian,” tambahnya lagi.
Setelah lebih 30 tahun melakar hidup sebagai seorang artis, Amy berkata yang lumrah hidup seorang artis memang tidak pernah sunyi dilanda gosip atau kontroversi.
“Saya sendiri berpengalaman hidup sebagai seorang artis dan memahami erti liku-liku kehidupan dalam dunia hiburan dan saya memahami apa yang dilalui olehnya sekarang,” kata Amy lagi.
Menurut penyanyi rock popular ini lagi, beliau tidak mahu campur tangan dalam kehidupan peribadi anaknya. Apatah lagi, Nabila dilihatnya begitu komited dan fokus terhadap kariernya sebagai seorang pelakon.
“Abil seorang pelakon hebat. Saya sedar bagaimana dia bekerja keras sehinggakan berjaya menambat hati peminatnya. Dan apabila beliau tidak bekerja, saya tahu yang dia akan pergi bercuti untuk menenangkan fikiran beliau,” kata Amy.
Nabila sinonim dengan karakternya yang versatil dahn ‘happy-go-lucky’ baik di luar atau di dalam filem.Nama beliau melonjak dengan lakonan beliau yang bersahaja dan pernah dinobatkan anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
Kata Amy lagi, walaupun anaknya sering diburu kontroversi, beliau sebagai seorang ayah tidak pernah menghukum Nabila.
“Sejujurnya ingin saya nyatakan di sini yang saya tidak faham mengapa begini nasib Abil. Saya hanya mahukan yang terbaik buatnya. Saya juga ada menegurnya mengenai sikap terbuka beliau terutamanya di laman sosial Instagram peribadinya,” kata Amy.
Katanya lagi, ada gambar yang boleh dikongsi dengan peminat dan yang bersifat peribadi tidak perlu dimuat naik langsung. Instagram, contohnya bukannya album peribadi,” katanya.
“Saya sering mengingatkan Abil tentang status artisnya dan supaya menjaga keperibadian, tata tertib dan cara pemakaiannya untuk mengelakkan dari terkena komen negatif dari pihak peminatnya,” katanya.
Namun, hati seorang bapa tiada siapa yang tahu. Apa yang terbuku di hatinya, hanya Tuhan saja yang mengerti.
“Ini saja yang boleh saya katakan. Walau bagaimana pun kritikal keadaan Abil (jika dilanda kesusahan) saya akan sentiasa berada disampingnya untuk memberi sokongan. I just want her to responsible for her own mistakes (Saya hanya mahu dia bertanggungjawap atas kesalahannya sendiri),” kata Amy.
“Hidup ini satu perjalanan yang panjang dan berliku. Saya hanya mampu berdoa agar Nabila diberkati Tuhan,” tambahnya mengakhiri perbualan.
Sumber: HAFIDAH SAMAT – Yahoo! Entertainment

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story