Syarikat IT Sokong Pendirian PM

Syarikat IT Sokong Pendirian PM

KUALA LUMPUR – Syarikat bersepadu e-Kerajaan dan e-Perniagaan, Kumpulan Skali mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk tidak melesenkan portal berita sebagaimana yang dilakukan negara jiran, Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Farith Rithauddeen berkata, keputusan tersebut diyakini akan menyaksikan pertumbuhan lebih pesar dalam segmen perkhidmatan teknologi maklumat (IT) di negara ini.
Beliau turut melahirkan keyakinan Malaysia akan mengalami pertumbuhan kukuh dalam pasaran perkhidmatan IT apabila kerajaan turut mengumumkan beberapa dasar berkaitan yang kondusif kepada pertumbuhan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
“Jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu pasti menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan IT terutama berkaitan e-kerajaan dan e-dagang.
“Bagaimanapun ketika kita mengalu-alukan jaminan kebebasan ini masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dengan apa yang dicatatkan pada Internet dengan hanya menyebarkan maklumat yang tepat beserta fakta.
“Masyarakat wajar menyalahkan diri sendiri jika kerajaan memutuskan perkara sebaliknya di kemudian hari jika mereka tidak bertanggungjawab dan tidak ‘sensitif’ dengan berita-berita yang mereka keluarkan dalam internet,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut pendirian kerajaan itu, Tengku Farith berkata, kerajaan sesebuah negara tidak harus melesenkan portal berita kerana langkah itu boleh menjejaskan kemajuan pembangunan IT di negara terbabit.
“Walaupun mereka mungkin mampu untuk berurusan dengan laman-laman yang ditubuhkan di negara sendiri tetapi langkah sama tidak boleh dikatakan bagi yang terletak di luar negara.
“Oleh itu pelaksanaan peraturan itu mesti difikir dengan teliti bagi mengelakkan kesukaran remeh yang boleh menjejaskan kemajuan pembangunan IT,” katanya lagi.
Sebagai contoh, katanya, jika Malaysia bercadang mengawal selia internet, ramai mungkin membuat keputusan meletakkan laman web atau portal mereka di luar negara sekali gus menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah pusat data.
Beliau bagaimanapun mengakui kemunculan Internet dan media sosial telah mengubah senario politik tempatan dengan ketara apabila orang ramai dapat menerima semua jenis berita dan maklumat dengan hanya satu klik.
Justeru, katanya, media arus perdana, media sosial dan portal berita perlu berusaha untuk mengamalkan etika yang sama dan membuat tapisan sendiri kerana media sosial wujud di ruang siber tanpa ruang atau wilayah.
Media pada 12 Jun lalu melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata, kerajaan bercadang mewujudkan peraturan kawalan kendiri bagi memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang disampaikan.
Menurut Perdana Menteri, cadangan itu bertujuan mengelak wujudnya kumpulan penulis yang tidak diketahui atau ‘anonymous’ dalam kalangan pengamal-pengamal media sosial di negara ini.
Serentak itu, beliau turut menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik blog, portal serta media sosial yang didapati menyebarkan maklumat tidak sahih dan berbentuk fitnah.
Najib bagaimanapun menjelaskan cadangan itu tidak bermakna kerajaan akan mengambil tindakan melesenkan portal berita sebagaimana yang dilakukan negara jiran


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story