Tahan Sejuk ttidak berbaju Demi Baju Percuma

Jepun

Sabtu lalu, sebilangan wanita di Tokyo sanggup menahan kesejukan dengan hanya memakai coli dan seluar dalam atau bikini semata-mata inginkan pakaian percuma.
Tindakan itu bagi menjayakan syarat dikenakan Desigual, sebuah butik yang terkenal dengan rekaan warna warni berpusat di Barcelona. Desigual pernah mengadakan promosi ‘separuh bogel’ sebegini di cawangan mereka di Barcelona, Paris dan New York namun ini yang pertama di Asia.
Kira-kira 350 wanita beratur di luar kedai yang terletak di daerah Harajuku sejak sebelah malam dengan tubuh terdedah, walaupun cuaca mendung kerana musim hujan sekarang.
Bagaimanapun hanya 100 orang terawal dibenarkan masuk, dalam acara yang bermula jam 10 pagi itu.
Kesemua wanita terbabit cukup teruja apabila dibenarkan memilih dan memakai sepasang pakaian yang terus menjadi milik mereka di dalam kedai tiga tingkat berkenaan.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story