Tambang Bas Naik 10% Peras Ugut Pengguna

PAS

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan membantah keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan pengendali bas ekspres menaikkan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa kenaikan tersebut merupakan satu jalan mudah yang diambil SPAD untul membiarkan kenaikan kos pengangkutan bas ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.
“Kewajaran menaikkan tambang 10 peratus pada musim perayaan boleh dipersoalkan memandangkan syarikat bas ekspres pasti mencatatkan kapasiti penumpang penuh dan berada pada tahap paling efisien.
“Kenaikan tambang pada waktu puncak seperti itu seolah-olah memeras ugut pengguna yang terdesak mencari pengangkutan untuk pulang ke kampung. Amat mendukacitakan apabila SPAD mengizinkan perilaku kartel sebegitu tanpa sebarang kawalan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Nurul Islam menggesa kerajaan memikirkan strategi alternatif dan bukan memaksa rakyat menanggung kenaikan kos itu sebagai jalan mudah untuk menangani isu yang timbul.
Mynewshub.my kelmarin melaporkan SPAD menolak permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan SPAD bersetuju membenarkan pengusaha bas mengenakan caj tambahan (surcaj) sebanyak 10 peratus pada Hari Raya Aidilfitri selepas mengambil kira pelbagai faktor.
PMBOA sebelum ini mahu menaikkan tambang sebanyak 30 peratus dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga SPAD menuruti tuntutan mereka.
Antara alasan yang dikemukakan adalah peningkatan kos keseluruhan sebanyak 36 peratus sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini yang memberi kesukaran kepada syarikat bas untuk beroperasi. – mynewshub.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story