Tipu Kutip Sumbangan Tabung Kebajikan

Sumbangan Tabung Kebajikan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah operasi dan seorang bekas koordinator sebuah badan kebajikan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menipu sebuah syarikat pembekal barangan am berhubung sumbangan kebajikan melibatkan RM200,000.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
“Tertuduh yang merupakan bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius dan rakannya, bekas koordinator didakwa menipu pemilik Zamrud Enterprise, Ng Suat Hon dengan memperdayakannya supaya menyumbang wang sebanyak RM200,000 ke dalam tabung kebajikan pendidikan tersebut.
“Sumbangan tersebut (kononnya) dilakukan bagi membolehkan Zamrud Enterprise mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedangkan kedua-dua tertuduh tahu syarikat tersebut tidak layak ditawarkan pengecualian LHDN bertarikh 25 Oktober 2007,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius di Suite 17.2, Level 17, Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang bertarikh 30 November 2007.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan setiap tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afifah Yusof sementara kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam bela Ikmal Hisam Idris. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story