Wanita Cakap Loghat Perancis Lepas Nahas

Leanne Rowe

Melbourne – Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta.
Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai ‘Sindrom Loghat Asing.’ Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.
“Ketika rahang saya mula pulih mereka berkata saya bercakap dengan bahasa tidak jelas kerana ubat yang saya makan,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC.
Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.
Leanne. anggota tentera simpanan sebelum kemalangan berkata, dia semakin biasa dengan keadaan itu.
“Ia membuat saya begitu marah kerana saya orang Australia, bukan Perancis. Saya tidak berdendam dengan orang Perancis,” katanya.
Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
“Ia banyak menjejaskan kehidupannya. Orang ramai hanya melihatnya dari segi jenaka dan berpendapat ia menarik. Tetapi, saya sendiri melihat kesannya ke atas ibu saya,” kata Kate.
Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.
“Dia datang kepada saya dan bercakap dalam loghat bahasa Perancis yang pekat. Saya terkejut. Memang dia belajar bahasa Perancis di sekolah, tetapi tidak pernah ke Perancis dan langsung mempunyai rakan orang Perancis.” – myMetro Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story