Muzium Lilin Sasar 30,000 Pengunjung Sebulan

Muzium Lilin Sasar 30,000 Pengunjung Sebulan

SHAH ALAM – Red Carpet@i-City, tarikan terbaru di   i-City di Section 7 di sini, mensasarkan 30,000 pengunjung sebulan selepas perasmian rasmi pada hari Khamis, kata Pengarah I-Berhad, Monica Ong.
Beliau berkata syarikat yakin mencapai sasaran itu kerana i-City pada masa ini telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.
“Kami yakin dapat mencapai sasaran itu. Kami telahpun menjalankan banyak aktiviti promosi dalam usaha kami menjadikan tarikan terbaru ini sebuah pusat hiburan yang ideal untuk seluruh keluarga,” kata beliau kepada pemberita selepas previu Red Carpet@i-City di sini hari ini.
Red Carpet berkenaan yang menelan kos RM25 juta ialah muzium lilin interaktif pertama Malaysia. Ia juga merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini kerana barang pamer itu mempunyai kelebihan suara dan pergerakan.
Muzium itu akan mengetengahkan 100 tubuh lilin orang ternama yang terdiri daripada personaliti sejarah dan kontemporari hari ini.
Beliau berkata pameran lilin itu akan diperagakan dalam set anugerah ala Oscar 3,000 kaki persegi dan akan dibahagikan kepada enam tema  — World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars CafĂ© dan Interactive.
Ong berkata muzium itu akan menjadi satu lagi produk antarabangsa Malaysia dan tarikan untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk kedua-dua pengunjung antarabangsa dan tempatan.
Bersempena dengan perasmian ini, Red Carpet@i-City akan menawarkan tiket pakej istimewa untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak pada harga RM180, katanya.
Ong berkata harga tiket biasa ialah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.- BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story