10 Anggota Polis Ipoh Terima Kenaikan Pangkat

10 Anggota Polis Daerah Ipoh Terima Kenaikan Pangkat

IPOH – Seramai 10 koperal polis yang bertugas di daerah Ipoh hari ini dipakaikan pangkat Sarjan pada majlis pemakaian pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.
Majlis itu disempurnakan Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 21 anggota polis yang berkhidmat dengan cemerlang.
Sjn Abdul Khisham Ishak, 45, yang telah berkhidmat selama 25 tahun berkata kenaikan pangkat ini menjadikan beliau lebih semangat untuk terus berjuang mempertahankan negara.
“Saya bersyukur apabila temuduga kenaikan pangkat kali kedua membuahkanhasil,” katanya yang bertugas di Unit Tugas Am di Balai Polis Lahat.
Sementara itu, Sum dalam ucapannya berkata semua anggota perlu berusaha dan mensasarkan kejayaan dalam menjalankan tugas mereka.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Cuaca Panas Dan Kering Dijangka Sehingga Sept.

Cuaca Panas Dan Kering Dijangka Sehingga Sept.

KUALA LUMPUR – Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.
Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara kawasan persisiran pantai di negeri-negeri pantai barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal pagi disebabkan pembentukan garis badai di Selat Melaka.
Menurut JMM, pada musim ini akan berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai Barat Sabah mengalami angin kencang berserta hujan lebat. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Qingdao – Seorang lelaki, mengupah tiga orang untuk meremukkan kereta mewah Maserati miliknya di luar sebuah bilik pameran kenderaan sebagai membantah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengedar kereta terbabit.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang mengalami kerugian sebanyak £276,000 selepas keretanya kemek akibat dihentak dengan penukul.
Menurut agensi berita Xinhua, pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana dia telah dikenakan upah untuk perkakasan baru, sedangkan ketika dibaiki, mekanik menggunakan peralatan lama.
Wang juga tidak berpuas hati dengan masalah dan kualiti kereta yang dibaikinya di situ.
Dalam usaha menarik perhatian ramai, Wang turut mengarahkan satu protes diadakan di luar Pusat Pameran Kereta Antarabangsa di Qingdao.
“Saya berharap pengeluar kereta antarabangsa akan mengambil berat hal ini dan sedar bahawa pengguna di China juga berhak mendapat perkhidmatan yang setanding dengan jenama kereta berkenaan,’’ katanya.
Wang dikatakan menyimpan kemarahannya dengan pengedar kereta tersebut sejak dua tahun lalu.
Ia bukan perkara pertama kali kes seumpama ini berlaku di China.
Pada 2011, seorang ahli perniagaan dari Qingdao, Han Nan telah mengupah beberapa lelaki merosakkan kereta Lamborghini miliknya yang berharga  $750,000.
Han Nan berbuat demikian selepas bosan dengan mekanik yang gagal membaiki masalah enjin.
Beliau mengambil tindakan itu pada Hari Pengguna Sedunia.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Waspada Pihak Menyamar Pekerja TNB

Waspada Pihak Menyamar Pekerja TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor mereka seperti yang dilaporkan di dalam akhbar.
Menurut TNB, anggota kerja atau kontraktor TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas di premis pengguna.
“Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja (iaitu di luar rumah) dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB,” menurut kenyataannya hari ini.
Kakitangan TNB juga perlu menunjukkan kad kuasa (kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja), ketika mahu memeriksa meter di halaman rumah penghuni.
Akhbar semalam melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas setelah berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

R&R Dengkil Dan Rawang Akan Ditutup Sementara

R&R Dengkil Dan Rawang Akan Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya kendalian Plus akan ditutup sementara pada Selasa dan Rabu ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan dijalankan.
Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) dalam kenyataan hari ini berkata R&R Dengkil arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) akan ditutup pada Selasa (21 Mei) bermula 9 pagi hingga 5 petang.
R&R Dengkil arah selatan di Lebuhraya Elite dan R&R Rawang arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan pula akan ditutup pada Rabu (22 Mei) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Semua gerai dan kemudahan awam kecuali stesen minyak akan ditutup sementara dan dijangka akan beroperasi seperti biasa pada jam berikutnya hari yang sama.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Perhimpunan Di Pdg. Kota Lama Esok Tiada Kelulusan

Perhimpunan Di Padang Kota Lama Esok Tiada Kelulusan

GEORGETOWN – Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.
“Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.
“Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.
Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.
Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.
Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda.
Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam.  – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penurunan Harga Kereta Secara Berperingkat

Penurunan Harga Kereta Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.
Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.
“Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini Jumaat.
“Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan,” katanya.
Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. -BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jual Tubuh Untuk Sara Dua Anak

Jual Tubuh Untuk Sara Dua Anak

PARIT BUNTAR – Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.
Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.
Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.
Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.
“Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan  sesuap nasi.
“Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu,” katanya sewaktu ditemui media di sini.
Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja ‘haram’ itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.
Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.
“Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.
“Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu,” katanya.
Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.
Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.
“Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.
“Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.
“Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.
“Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.
“Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak,” katanya.
Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.
“Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.
“Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.
“Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. – SinarHarian


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditahan Khalwat

JAIS Kini Sahkan Shahz Jaszle Ditahan Khalwat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang ditangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle.
01-Shahz-Jaszle-Ditahan-Khalwat-ROTIKAYA
SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.
Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.
Sekian, terima kasih.
Sumber: ROTIKAYA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelik..!! Minyak Wangi “Berperisa” Kencing Budak Sekolah Perempuan

kencing 1

Minyak wangi sememangnya sudah menjadi gaya hidup dalam kebanyakkan orang.
Bahkan, terdapat sesetengah daripada mereka yang mahukan satu versi bauan yang lain daripada yang lain.
Oleh itu, bagi memastikan hal itu tercapai, pengeluar produk alat mainan orang dewasa yang berpengkalan di Akibahara, Tokyo iaitu Tamatoys telah mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai bauan budak sekolah.
Produk yang dikenali sebagai “Schoolgirl Urine Scent” dan “Schoolgirl Armpit Scent” itu dibuat hampir mirip dengan dengan aroma air kencing dan bau ketiak gadis pelajar sekolah.
Produk ini dikatakan mendapat sambutan yang hangat bagi penduduk di sana.
kencing 2kencing 3


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Shuib, Sarah Dapat Anak Ke-2

GAMBAR: Shuib, Sarah Dapat Anak Ke-2

Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya.
Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Bayi kedua ini ialah bayi perempuan.
Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki.
Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini.
Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka menerusi Instagram Shuib.
shuib2


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

WOW ! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES





jangan terkejut apabila membaca berita ini. Orang asli menang kereta mewah yang berjenama Mercedes. Itulah hakikat sebenar apabila Sapiah Aping, 45 yang merupakan orang asli dari suku kaum Semaling dari Bera, Pahang memenangi hadiah kereta Mercedes -Benz E200 CGI. Hadiah itu dimenanginya hasil daripada simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional(BSN).



“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.



AzizulHakim: tahniah lah kepada makcik ni..boleh pusing satu semenanjung laaaa....orang asli pun pandai simpan wang..yang kita pandai menghabiskan wang saja sampai tak tersimpan

Sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

1TEACHERS CARD - KAD HUTANG KHAS UNTUK PARA GURU



1Teachers Card - Kad Hutang Khas Untuk Para Guru


 1Teachers Card


1TEACHERS CARD - KAD HUTANG KHAS UNTUK PARA GURU


SEREMBAN – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan kad kredit terbaharunya,1Teachers Card eksklusif untuk warga pendidik dengan tawaran pelbagai kemudahan menarik dan caj terendah.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Winston E. Jeyaprakash berkata, kad istimewa itu itu hanya terbuka kepada guru dan kakitangan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Kemudahan ini merupakan kerjasama antara BSN dengan Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) sebagai usaha untuk menawarkan penjimatan kadar caj kewangan terendah di pasaran iaitu pada kadar 8.88 peratus setahun atau 0.74 peratus sebulan.

“Kemudahan ini juga mengenakan caj kewangan tahunan pada kadar 8.88 iaitu paling rendah berbanding kad kredit lain yang kini mengenakan caj antara 17.5 hingga 18 peratus setahun,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad kredit 1Teachers Card pada Pameran dan Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini semalam.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Video: Tentera Afrika Latih Cipanzi Menembak

Cipanzi

Video di bawah ini menunjukkan situasi di mana sekumpulan tentera di Afrika Selatan cuba mengusik seekor cipanzi dengan memberikannya selaras senapang model AK-47.
Namun berlaku kejadian di luar jangkaan mereka apabila cipanzi itu telah memetik picu senapang itu menyebabkan tentera-tentera itu panik dan bertempiaran lari dari kawasan terbabit.
Itulah jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Nampaknya cipanzi itu lagi pandai dari manusia.
Ia tidak mensia-siakan peluang untuk mengusik kembali tentera-tentera tersebut dengan tembakan rambang yang dilepaskannya.
Semua tentera itu bernasib baik apabila tiada seorang pun yang tercedera akibat insiden melucukan ini.
Lain kali fikir dulu sebelum menyerahkan benda-benda berbahaya seperti itu tidak kiralah sama ada kepada manusia mahu pun haiwan kan..
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hetty Sarlene Kini Bertudung?

Hetty

Adakah benar pelakon Hetty Sarlene yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara gambar mesra dan seksinya bersama kekasih sudah tampil berhijab?
Ini kerana baru-baru ini, Hetty telah berkongsi gambar terbarunya di akaun Instagram yang tampil dengan imej sopan dan bertudung.
Namun, dia masih dikecam oleh sesetengah peminat apabila dirinya dikatakan tidak mengikut cara pemakaian tudung yang sebenar yang dikatakan lebih menyerupai rahib selain tetap memeluk kekasihnya walaupun sudah mengenakan hijab.
HETTYYY
HETTYYYY
Hmm, mungkin kita perlu memberikan sokongan kepada pelakon itu daripada terus mengecamnya.
Setiap manusia memang tidak terlepas daripada membuat silap dan ada khilaf mereka yang tersendiri.
Sekurang-kurangnya, dia telah terbuka hati untuk mengenakan hijab dalam kehidupan sehariannya dan diharapkan Hetty akan lebih istiqamah dengan pemakaian tudungnya. InsyaAllah.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Eja Berhijab Penuh Selepas Pulang Umrah

Eja

Pelakon tinggi lampai, Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Sharifuddin telah membuat keputusan untuk berhijab penuh selepas pulang dari mengerjakan umrah sejak lima hari lalu.
Eja juga menyatakan sebelum ini dia ada berniat untuk mengenakan tudung selepas usianya mencecah 40 tahun namun hasrat murninya itu terkubur disebabkan kesibukkannya.
“Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepaas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukkan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini, saya tidak mahu membuka tudung lagi.
Eja juga tidak mahu bercakap lebih banyak mengenai perubahan imejnya itu kerana masih terlalu awal serta berdoa agar Allah menetapkan hatinya untuk terus memikul imej Muslimah yang di bawanya kini,” katanya memetik laporan Media Hiburan.
Semoga Eja istiqamah dan diharapkan walaupun bertudung, perkara itu tidak menghalang Eja daripada meneruskan kariernya dalam bidang lakonan asalkan dirinya pandai memilih watak yang sesuai dengan imejnya kini.
Eja 1
Eja 2
Eja 3
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ning Baizura Perkenal Anak Kepada Umum

Ning Baizura Perkenal Anak Kepada Umum

Selepas lebih tiga bulan membiarkan peminat dan para media ternanti-nanti, akhirnya pasangan yang suka kami gelar sebagai ‘Jay-Z & Beyonce Malaysia’, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher, memperkenalkan putera sulung mereka, Ryan Sky Dalton untuk tatapan umum.
Ryan diperkenalkan kepada media dalam satu majlis khas yang berlangsung di restoran Neo Tamarin, Kuala Lumpur, hari ini.
“Alhamdulillah, hari ini adalah hari memperkenalkan intan payung gunung meletup kami (gelak), Ryan Sky Dalton. Ini kali pertama saya menjadi ibu dan kali kedua buat suami, Chris.
“Terima kasih kepada semua pihak media kerana menghormati keputusan kami. Ini juga pesan ibu saya, katanya biarlah bayi kami tu berusia tiga bulan, barulah boleh kalau nak bawa atau perkenalkan pada semua.
“Seronok menjadi ibu. Satu pengalaman yang kita tak boleh dapat dalam buku. Allhamdulillah, ibu saya dan suami banyak menyokong saya. Saya mungkin bukan lah ibu yang terbaik, tapi saya akan cuba memberikan yang terbaik,” kata Ning Baizura sewaktu di sidang media, sebentar tadi.
Pada majlis itu hadirin turut dipertontonkan klip video muzik terbaru Ning berjudul Pelangi Untukmu yang turut menampilkan anaknya itu.
Difahamkan selama ini, Ning hanya kerap merakamkan video gelagat Ryan di telefon bimbitnya untuk dikongsikan bersama suaminya yang kerap berada di luar negara atas urusan kerja.
Ning Baizura melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tambah bermakna, tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya.
Dalam perkembangan lain, Ning Baizura juga baru menandatangani kontrak dengan Universal Muzik Malaysia sebagai artis rakaman. Khabarnya banyak perancangan yang akan disusun khas untuk peminat-peminat Ning Baizura.
Sumber: Malaysian Digest


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pen. Editor Bernama Kecurian Kereta

Pen. Editor Bernama Kecurian Kereta Di Alam Damai

KUALA LUMPUR – Pencuri memecah masuk rumah seorang pegawai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum melarikan sebuah kereta milik keluarganya dalam kejadian awal pagi tadi di Alam Damai, Cheras, di sini.
Penolong Editor Bernama Harlina Samson berkata dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, beliau terjaga daripada tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkatnya, apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu.
“Saya kejutkan anak lelaki saya dan turun ke bawah tetapi saya dapati pintu rumah tertutup dan naik semula ke bilik tidur. Tiba-tiba sistem penggera kereta suami saya berbunyi seketika sebelum ia dilarikan penjenayah,” katanya ketika dihubungi.
Harlina berkata kereta Proton Saga FLX milik suaminya itu diletakkan di tepi jalan berhadapan rumahnya. Suaminya tiada di rumah ketika kejadian.
Hasil pemeriksaan, beliau mendapati pencuri berkenaan telah memecah masuk rumahnya melalui pintu depan sebelum mengambil kunci kereta dan kunci rumah yang diletakkan di ruang dapur.
Harlina, yang bersyukur dia dan anak lelakinya tidak diapa-apakan, berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Alam Damai berhubung kejadian itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jovian Mengaku Bercinta Dengan Kakak Dafi

Jovian Mandagie

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, 27 mengaku bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada penyanyi terkenal, Dafi iaitu Nina Sabrina, 26.
Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis pertunjukan fesyen Orked iaitu koleksi terkininya untuk hypermarket, Tesco petang semalam, Jovian Mandagie berkata perhubungan itu mula terjalin sejak setahun lalu.
“Alhamdulillah, kami telah berkawan lebih setahun. Hubungan kami bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini.
“Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Nina mempunyai banyak perancangan perniagaan tetapi kerana ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian, jadi saya membantunya menunjukkan jalan bagaimana untuk menguruskan perniagaan.
“Saya memberikannya peluang untuk menganjurkan majlis pertunjukan fesyen AviRaya iaitu koleksi fesyen Hari Raya saya tahun lalu dan sejak itu kami kerap bertemu, semakin rapat dan saya telah jatuh hati dengannya,” kata Jovian Mandagie berterus terang.
Tambah pereka fesyen kegemaran Ning Baizura itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan dirinya terpesona dengan gadis berkenaan.
Kata Jovian Mandagie, selain mampu membuat dirinya sentiasa tersenyum, keperibadian Nina yang sentiasa positif untuk menghargai kehidupan sebenar tanpa hanya memikirkan soal kerja, membuatkan dirinya tertawan.
“Saya seorang yang workaholic. Tetapi Nina selalu mengingatkan saya supaya sentiasa menghargai perkara lain iaitu jangan terlalu sibuk dengan kerja dan sikapnya yang sentiasa positif membuatkan saya tertarik dengannya.
“Dari sudut lain pula, saya banyak membantu Nina memberi semangat, motivasi dan perangsang untuk dia terus berjaya terutama bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan.
“Malah apabila bersama dengannya, hati saya gembira dan jiwa muda saya kembali segar. Ini kerana sebelum ini hati saya pernah dilukai dan dari situ saya banyak belajar erti perhubungan sebenar sejak bersama Nina.
“Kami kerap luangkan masa bersama, membuat kerja dan adakalanya pergi bercuti bersama-sama. Setiap kali dapat bersama, Nina telah berjaya menjadikan saya, diri saya yang sebenar,” katanya tersipu-sipu malu.
Dintanya bagaimana penerimaan kedua-dua belah keluarga tentang perhubungan mereka berdua itu, Jovian Mandagie berkata keluarganya telah merestui hubungan mereka berdua, tambahan pula dia sudahpun bertemu kedua ibu-bapa Nina.
“Keluarga saya sangat menyukai Nina, malah warga kerja Jovian Mandagie sendiri juga merestui hubungan kami ini.
“Begitu juga Dafi yang sering menyokong dengan perhubungan ini. Dafi juga telah banyak membantu saya terutama jika kami mengalami masalah perhubungan kerana dialah yang akan membantu mendamaikan kami berdua,” katanya kepada murai.com.my.
Sumber: Murai


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wang Hasil Konsert Justin Bieber Dirompak

Justin Bieber

Wang hasil jualan tiket konsert Justin Bieber di Johannessburg, Afrika Selatan, Ahad lalu telah dirompak sebaik sahaja penyanyi remaja itu selesai mengadakan konsertnya di lokasi tersebut.
Menurut polis, perompak terbabit mengambil wang tersebut daripada peti besi dan telah merompak sebanyak lebih US$100,000 (RM301,149.92).
Menurut jurucakap polis di sana, Katlego Mogale, suspek telah memasuki bangunan tersebut melalui bahagian atap dan kemudiannya telah memecahkan lantai bilik air untuk ke peti besi yang menyimpan wang kutipan konsert tersebut.
“Wang itu telah dirompak dari bangunan di mana lokasi konsert tersebut berlangsung dan mereka hanya menyedarinya hari ini (semalam). Kita masih tidak tahu lagi berapa ramai suspek yang terlibat dalam kes ini dan siasatan sedang dijalankan,” katanya lagi.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Paras Air Kolam Lapangan Terbang Subang Kritikal

Paras Air Kolam Air Lapangan Terbang Subang Makin Kritikal

KUALA LUMPUR – Masalah penurunan paras air di Kolam Air Lapangan Terbang Subang sejak beberapa hari lalu hingga mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Subang bertambah kritikal.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, paras air di kolam tersebut menurus ke paras yang lebih rendah hari ini.
“Kolam Air Subang Airport ini mendapat sumber bekalan air menerusi Loji Rawatan air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).
“Penurunan paras kolam ini berlaku disebabkan permintaan bekalan air yang meningkat mendadak berikutan cuaca panas yang berterusan sejak kebelakangan ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, beberapa kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut adalah SS 12, SS 13, SS 14, SS 15, SS 16, SS 17, SS 18 dan SS 19 membabitkan kira-kira 15,000 akaun pengguna.
Kata beliau, Syabas bagaimanapun telah menyusun semula sistem agihan bekalan air termasuk mendapatkan bekalan untuk disalurkan ke kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air bersih tersebut.
Tambah beliau, Syabas turut menyediakan 10 lori tangki sebagai bantuan air kecemasan untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan.
“Pihak Syabas menerima 260 aduan berhubung ketiadaan air di semua kawasan yang terlibat setakat ini,” katanya lagi.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TAHNIAH: Saiful Bukhari Pilih Pembaca Berita TV3, Nik Suryani Suri Hidupnya…

TAHNIAH: Saiful Bukhari Pilih Wartawan/ Pembaca Berita TV3, Nik Suryanie Suri Hidupnya...

KALAU sungguh bagai dikata, kami ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menariknya, calon isteri bukan calang-calang…ia adalah wartawan penyiaran/ pembaca berita TV3 yang comel itu, Nik Suryani Megat Deraman.
Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot siapa Saiful Azlan.
Mengenai Nik Suryani, dia jugalah wartawan yang pernah dimarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes kehilangan jam Omega Ketua Umum PKR itu
exotic e
“ Cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak.
” Sebagai seorang wartawan yang masih baru, ia bukan satu tugas mudah apabila diminta oleh editor bertanyakan beberapa soalan kepada beliau.
” Bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar biarpun saya diherdik selain menerima kritikan hebat oleh pengikut beliau ketika itu,” ujar Nik Suryanidalam temubual dengan teganukita.blogspot.com tidak lama dulu.
saipul nikah (1)
Apapun marilah kita semua doakan moga perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga hujung nyawa.
Bak kata orang, biarlah hanya cangkul dan tanah saja yang bisa memisahkannya.
Tahniah!


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khal what

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat

SHAH ALAM –  Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Dua Bersaudara Mangsa Pembunuhan Kejam ‘ALA MAFIA’ Di Miri

GAMBAR: Dua Bersaudara Mangsa Pembunuhan Kejam 'Ala Mafia' Di Miri

Miri – Tanda tanya mengenai kegagalan dua pekerja tapak binaan warga Indonesia hadir bekerja sejak enam hari lalu, terjawab apabila mayat mereka ditemui ditanam sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, semalam.
Mayat reput kedua-dua lelaki dipercayai bersaudara itu yang belum dikenal pasti identiti, ditemui selepas sepasukan polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dibuat seorang penyelia di tapak projek itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Dengan bantuan anjing pengesan dan jengkaut, polis berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua lelaki terbabit yang ditanam berhampiran longkang yang sedang dalam pembinaan di tapak projek berkenaan.
 Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengesan dan mengeluarkan mayat sudah reput dan hampir berkecai itu.
Katanya, khidmat anjing pengesan terpaksa digunakan bagi mengesan lokasi sebenar mayat itu ditanam sebelum mengorek menggunakan jengkaut berikutan lubang turut ditutup dengan simen.
by1603a
by1603b
by1603e

by1603f
GAMBAR: THE BORNEO POST


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

21 Nyaris Maut, Pesawat Terhempas Di Nepal

Nepal Airlines

KATMANDU – Seramai 21 orang nyaris maut apabila pesawat yang membawa mereka ketika mengelilingi kawasan pergunungan di utara Nepal terhempas awal pagi tadi.
Pegawai polis berkata, empat daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun tiada yang maut dalam kejadian berkenaan. Mereka yang terselamat ialah sembilan pelancong Jepun dan tiga anak kapal manakala selebihnya ialah warga tempatan.
Kapal terbang itu adalah milik Nepal Airlines dikatakan berusaha untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomson , kira-kira 200 kilometer timur laut Katmandu apabila ia terhempas di tepi Sungai Kaligandaki.
Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan dan mereka cedera parah dibawa menaiki pesawat untuk ke bandar Pokhara.
- AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story