Angelina Dan Brad Pitt Mahu Tambah Anak

Angelina Dan Brad Pitt Mahu Tambah Anak
Pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dikhabarkan mahu menambah lagi bilangan anak angkat mereka.
Setakat ini pasangan Mr & Mrs Smith itu sudah mempunyai enam cahayamata iaitu tiga anak angkat Maddox, 11, dari Kemboja, Pax, 9 (Vietnam) dan Zahara, 8, (Etopia) dan tiga anak kandung, Shiloh, 7, yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (4 tahun) pula lahir di Perancis.
Menurut The Sun, Jolie yang sememangnya dikenali sebagai seorang ‘humanitarian’ atau aktivis kemanusiaan dikatakan berminat untuk mengambil seorang kanak-kanak perempuan dari Yordania, Syria selepas mengunjungi kem pelarian di negara itu, baru-baru ini.
Selain itu, mereka juga merancang untuk mempunyai seorang lagi anak kandung untuk menjadikan keluarga besar mereka bertambah meriah dengan kehadiran lapan orang kanak-kanak.
Oleh:  AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Nak Berlakon Suami Suruh Kuruskan Badan

Azad Paksa Eira Syazira Kuruskan Badan
Bagi kebanyakan wanita yang sudah berkahwin, lazimnya pekara yang paling dibimbangkan adalah tentang bentuk badan menawan dan langsing mereka yang akan berubah terutama selepas melahirkan anak.
Tetapi lain pula bagi pelakon jelita Eira Syazira yang bukannya dia tidak risau mengenai perkara itu tapi cuma tidak terlalu memaksa diri untuk kembali mendapat kembai bentuk badan sewaktu zaman anak daranya dulu.
Bertemu Eira di majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran di ibu kota kelmarin, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan brat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak membenarkannya kembali aktif berlakon. Sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.
“Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah.
“Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit”, ujar Eira sambil tertawa.
Dia yang selamat melahirkan cahaya mata sulung, Amarra Sofea Rose pada 11 Januari 2013 lalu, kini masih lagi dalam penggambaran drama berantai 18 episod, Ramadan Yang Hilang. Drama tersebut bersiaran sejak 26 Jun menerusi slot Samarinda di TV3, jam 10. malam.
Dalam masa sama kata Eira, sejak bergelar ibu barulah dia memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi, iyalah manakan nak uruskan anak dan keluarga dan kemudian dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.
“Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga”, katanya yang turut berazam mahu menjadi isteri dan ibu yang terbaik.
Eira turut bersyukur kerana sejak Amarra lahir, rezeki mereka sekeluarga bertambah. Dia baru saja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening akan dilancarkan pada 17 Ogos depan. – Malaysian Digest

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki, Begini Puaskan Keinginan Wanita


SEBUAH hubungan terdiri dari dua hal, yakni memberi dan menerima. Demikian pula halnya dengan seks, jangan sampai anda merasa berpuas hati, namun pasangan tidak mendapatkan hal yang sama.
Memuaskan hasrat seks wanita dapat menjadi sulit saat mereka perlu banyak masa untuk mencapai orgasme. Tidak seperti lelaki, wanita memerlukan masa yang lebih banyak masa untuk mencapai titik kenikmatan, hal ini terkadang juga membuat lelaki keletihan.
Wanita juga boleh mencapai orgasme beberapa kali dan lebih ingin mencuba hal-hal baru, sayang sifat dasar yang pemalu membuat wanita menjadi tidak ekspresif. Beberapa helah berikut boleh anda lakukan untuk memuaskan wanita di ranjang.....
Ciuman 
Berikanlah ciuman untuk membuatnya bersemangat sebelum bercinta. Ini merupakan langkah awal dan berkesan untuk membuatnya puas di ranjang. Cubalah untuk membuatnya geli dengan lidah dan beri gigitan kecil saat menciumnya.
Intim Jangan langsung menerjangnya begitu saja, Wanita ingin merasa diperhatikan dan ini dapat dicapai dengan mencintainya. Rasakan tubuhnya dan buat suasana hatinya ingin bercinta. Wanita memerlukan masa untuk itu, kerananya beri ciuman pada bahagian tubuh, seperti leher, telinga, punggung, dan pahanya. Maksimalkan tangan dan lidah untuk menggodanya.
Cumbuan Wanita menyukai cumbuan. Untuk membuatnya semakin bersemangat, cubalah beberapa gerakan pintar untuk memuaskannya di ranjang. Gunakan tangan, lidah, dan perbualan nakal untuk membangkitkan mood-nya untuk bercinta. Bila wanita menyukai anda lebih liar, lakukan hal itu.
Ingin Lebih Dia akan memberikan isyarat secara langsung dan tidak langsung bila ingin sensasi lebih guna mencapai orgasme. Gunakan tangan anda untuk membuatnya semakin merasakan kenikmatan.
Bangunkan Suasana Hatinya Apabila anda melihat wanita bersemangat, cubalah beberapa perkara yang semakin membuatnya berghairah. Hal ini tidak hanya akan membantunya, namun membuat mood anda semakin baik.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Isu Cinta Nabila Tiada Kaitan Dengan Saya

Isu Cinta Nabila Tiada Kaitan Dengan Saya
KUALA LUMPUR – Belum habis lagi cerita mengenai puteri kesayangan Amy Search yang terus diselebungi dengan pelbagai kontroversi dan cerita-cerita yang kurang enak didengar mengenainya. Status yang dibawa Nabila Huda Suhaimi atau Nabila Huda sebagai anak rocker ternama negara menyebabkan vokalis Search itu turut menjadi sasaran media dan masyarakat.
Baru-baru ini Nabila yang dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dan juga DJ, Nas-T atau Nas Muammar Zar yang popular dengan drama bersiri KAMI, dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya. Perkara ini mula diperkatakan apabila melihat entri yang dibuat Nabila di laman-laman sosial seperti Instagram dan Keek miliknya.
Kemudian, timbul pula cerita yang mengaitkan Amy Search dengan keretakan hubungan Nabila dan DJ Nas-T. Kesempatan bertemu Amy Search di sebuah sidang akhbar, memberi peluang kepada portal Murai untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut daripada rocker pujaan Malaysia ini. Namun, dia enggan mengulas lanjut isu tersebut.
“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.
“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.
“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”tegas Amy mengenai cerita-cerita yang mengaitkan namanya dalam kisah hidup Nabila Huda.
Amy Search terdahulu ditemui pada sidang akhbar khas pemberitahuan mengenai penangguhan konsert Thunder In The East yang menampilkan Loudness, Slank, Rusty Blade dan Search di restoran Wondermama di Bangsar, malam tadi.
Konsert yang dijadualkan pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah ditunda pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan bencana jerebu yang teruk. – Murai

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hujan Diramal Beberapa Hari Mulai Sabtu

Hujan Diramal Beberapa Hari Mulai Sabtu
KUALA LUMPUR – Hujan diramal berlaku di beberapa tempat di persisiran pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mulai awal pagi Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).
JMM dalam kenyataan hari ini berkata untuk beberapa hari akan datang, angin bertiup dari arah barat ke barat daya dengan kelajuan antara 10 dan 20 kilometer sejam.
“Negara masih lagi mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September depan,” menurut kenyatan itu.
Pada sebelah petang pula, hujan curah dijangka berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sementara ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung, Kelantan, Terengganu dan Pahang, pada lewat petang dan malam.
Di Sabah dan Sarawak, angin amnya bertiup dari barat daya dengan kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam.
“Cuaca di Sabah adalah baik pada waktu pagi manakala pada sebelah petang ribut petir dijangka di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan Sandakan,” menurut kenyataan itu.
Di Sarawak, cuaca baik dijangka di kebanyakan tempat kecuali Miri dan Limbang dengan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ahli Silap Mata Diundang Persembahan Di London

Ahli Silap Mata Diundang Persembahan Di London
KUALA LUMPUR – Ahli silap mata Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mengadakan persembahan di London atas undangan The Magic Circle, kelab yang dianggotai ahli dan peminat silap mata terkenal di dunia sejak 1905.
Kabir Khan, 29, akan mengadakan persembahannya bulan depan. Pemergiannya ke seberang laut itu ditaja beberapa syarikat tempatan termasuk Menara Kuala Lumpur dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Pada sidang akhbar di sini hari ini, ahli silap mata kelahiran Pulau Pinang ini berkata beliau akan menyelitkan identiti Malaysia dalam aksi yang akan dilakukan kelak untuk mempromosi Malaysia di London.
“Setiap kali saya mengadakan persembahan, penonton bertanya tentang Malaysia kerana mereka tidak percaya kita ada orang macam David Copperfield.
“Walaupun persembahan saya nanti sama saja, tapi saya boleh beri jaminan bahawa kualitinya tetap sama dengan persembahan yang saya adakan di Hollywood pada 2011,” katanya.
Kabir Khan pernah mengadakan persembahan di Emiriyah Arab Bersatu pada 2009 atas jemputan Pihak Berkuasa Pelancongan Abu Dhabi dan di beberapa hotel mewah di Abu Dhabi dan Dubai.
Beliau pernah menuntut di McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas, dan bekas pelajar dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigitation, Chaves Studio of Magic, Los Angeles.
Mengimbas kembali pembabitannya dalam bidang permainan silap mata, pengarah Business Magic Worldwide (M) Sdn Bhd ini berkata beliau mula meminati bidang itu ketika berusia enam tahun selepas menonton persembahan ahli silap mata terkenal dunia David Copperfield pada 1980-an.
Beliau mula melakukan aksi itu ketika bersekolah dengan mengadakan persembahan pada majlis makan malam anjuran syarikat.
Sejajar dengan hasratnya untuk melihat lebih ramai belia Malaysia melibatkan diri dalam bidang ini, Kabir Khan merancang untuk membuka kelas silap mata untuk berkongsi pengetahuannya dengan mereka. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Balasan Mencederakan Pembantu Rumah!

cedera
KUALA LUMPUR — Seorang pendandan rambut dan isterinya
hari ini membayar pampasan RM4,000 kepada pembantu rumah mereka, warga Kemboja
kerana mencederakan mangsa.
Tan Mong Hu Wai, 36, menyerahkan wang itu semasa prosiding sebutan kes itu
di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff di sini hari ini.
Pada 20 Jun lepas, mahkamah memerintahkan Tan dan isterinya Eng Lay Sang,
36, suri rumah membayar pampasan masing-masing RM2,000 kepada Chea Phalla, 28,
selepas mereka didapati bersalah mencederakan wanita itu.
Rozana memerintahkan pasangan itu membayar pampasan itu pada atau sebelum 20
Julai ini, jika gagal mereka boleh dipenjarakan empat bulan.
Hakim turut menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara
10 bulan terhadap Tan manakala isterinya dipenjara 12 bulan dan didenda RM6,000
atau penjara enam bulan.
Mereka membayar denda itu.
Pasangan itu didakwa mencederakan Chea dengan memukulnya berulang kali
menggunakan kasut kayu, botol arak kosong, penimbang berat badan, pisau dapur,
batang rod aluminium, seterika, kerusi plastik dan besen.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di No B-13-6,
Plaza Prima Setapak, Jalan Prima Setapak 5, Off Jalan Genting Klang, Setapak,
Sentul dekat sini pada 16 Ogos 2011 hingga 24 Mei 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama dan dihukum menurut seksyen dan akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala
kedua-dua tertuduh diwakili K.C. Hue. — BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Benjy Ditangkap, Positif Dadah Jenis Syabu

Benjy Ditangkap, Positif Dadah Jenis Syabu
PETALING JAYA – Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PANASSS…Keputusan MasterChef Selebriti Bocor??

PANASSS...Keputusan MasterChef Selebriti Bocor??
Menafikan keputusan juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MCSM2) sudah dibocorkan pihak tertentu sebaik nama Syura diumumkan juara, malam kelmarin, Astro melihat desas-desus siapa pemenang sebagai perkara biasa dalam pertandingan program realiti berbentuk rakaman.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata penyebaran gosip mengenai kemenangan penyanyi itu hanya telahan memandangkan nama pencabar terdekat, Celina Khor, juga turut digembar-gemburkan mengungguli gelaran sama.
“Selain nama Syura, Celina juga dikatakan muncul juara, jadi tiada apa yang pelik. Bagi kami ia sesuatu yang biasa, bukannya ada kebocoran maklumat yang sememangnya dirahsiakan produksi dan peserta hingga pengumuman akhir.
“Kita tidak dapat menghalang spekulasi daripada dikeluarkan pihak lain. Kini, teka-teki mengenai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim dua sudah terjawab,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah, malam kelmarin.
Majlis penyerahan disempurnakan Raqim pada tayangan episod kemuncak MCSM2 yang turut menyaksikan pesaing terdekat Syura, Celina, yang juga pengacara menerima RM10,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.
Selain trofi dan ganjaran tiket penerbangan kelas perniagaan untuk dua orang, Syura berjaya mengumpulkan wang tunai RM60,500 yang disalurkan terus ke Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Wilayah Persekutuan.
Mengulas kemenangannya, Syura berkata, dia meletakkan kepentingan diri ke tepi kerana buat masa ini lebih memikirkan persediaan menunaikan nazar membawa ibu tercinta mengerjakan umrah.
Anak keenam daripada sembilan bersaudara itu mengakui memasang niat selepas melepasi satu persatu pusingan dalam 40 episod program realiti terbabit, hasil doa restu insan paling bererti dalam hidupnya, Samsiah Mohamad, 62.
Andai tiada aral, pemilik nama Zuraidah Badron, 27, itu merancang ke Tanah Suci sekitar September, namun perlu memastikan dulu kesihatan ibunya yang disahkan menghidap penyakit batu dalam hempedu.
“Kemenangan ini berkat doa semua terutama emak dan suami saya. Walau emak tidak sihat, dia sentiasa titipkan semangat supaya saya jangan menyerah serta buat yang terbaik. Saya sendiri tidak menyangka dapat pergi sejauh ini.
Jadi hidangan kelas pertama
“Gelaran sebagai juara sudah tentu satu penghormatan besar.
Saya belum memikirkan hadiah ke Paris yang sememangnya destinasi impian saya dan suami, namun saya lebih teruja membuat persediaan menunaikan niat membawa emak mengerjakan umrah,” katanya.
Lebih istimewa, satu daripada hidangan air tangannya yang disajikan kepada 10 VVIP dalam cabaran akhir bertemakan menu Sajian Sehangat Bintang itu nanti bakal diperkenalkan di kelas pertama penerbangan MAS.
“Saya menyertai pertandingan ini kerana ingin belajar. Dari cabaran awal lagi saya nampak peserta lain punya kelebihan dalam masakan Barat. Dari situ saya banyak melihat resipi di internet dan dalam pusingan akhir berdepan Celina, saya menambah baik menu Barat yang saya masak ketika episod terawal.
“Apabila diumumkan menu itu akan dihidangkan kepada penumpang kelas pertama MAS, saya sangat terharu. Cuma seperti menyanyi dan bermain muzik, saya belajar menerusi gerak hati, begitu juga memasak. Saya cari resipi, seterusnya hanya mencuba di dapur MCSM2. Alhamdulillah ia menjadi,” katanya yang merancang mendalami bidang kulinari.
Rancang single baru
Menganggap segalagalanya seakan dipermudahkan Tuhan, anak jati Johor itu mengakui pengorbanan berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu untuk kembali aktif ke arena seni suara berbaloi kerana satu demi satu kemanisan dikecapi.
“Saya ikut suami tinggal di Pasir Gudang sejak berkahwin hinggalah dikurniakan tiga cahaya mata.
Melihat anak semakin membesar, saya mengajak suami kembali ke Kuala Lumpur. Tidak mengambil masa panjang, permohonan suami bertukar sekolah diluluskan dan selepas itu saya pula ditawarkan menyertai MCSM2.
“Memang kami menangis dalam perjalanan ke rumah baru kerana sedih meninggalkan keluarga di Johor, selain menjual butik pengantin kami. Inilah pengorbanan. Nyanyian tidak akan saya ketepikan.
Andai tiada aral, saya bakal tampil dengan single baru yang kini dalam perancangan,” ulasnya.
Bicaranya yang rancak berubah perlahan tatkala diminta berkongsi perasaan sebaik namanya dihebohkan sebagai pemenang sejak dua minggu lalu, seterusnya mengundang komen negatif sesetengah pihak.
Jujurnya, kata Syura, hatinya agak terguris dengan maklum balas beberapa kelompok penonton yang mempertikaikan andainya dia menang, namun masih bersemangat apabila sebahagian besar tetap mempercayai kebolehannya.
“Saya akan terus belajar dan mendalami bidang masakan. Ia cinta baru saya. Saya lihat reaksi negatif itu dari sudut positif, iaitu membakar semangat bagi membuktikan kemampuan sebenar.
Insya-Allah, siapa tahu suatu hari nanti saya punya restoran sendiri,” tambahnya ringkas.
Peserta lain yang bertanding sejak April lalu ialah Micheal Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz dan Keroz Nazri. (BERITA HARIAN)

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

C@ BUL PELAKON: Pengarah Drama Serah Diri Bantu Siasatan

Isu Pelakon Dicabul: Pengarah Drama Serah Diri Bantu Siasatan
TAMPIN – Seorang pengarah drama tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini semalam.
Pengarah berusia sekitar 60-an itu hadir di IPD Tampin kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pelakon wanita baru yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah rehat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.
“Setakat ini polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan insiden seorang pelakon berusia 22 tahun mendakwa jadi mangsa cabul pengarah drama berkenaan.
Kejadian itu didakwa berlaku antara Januari dan Februari lalu semasa mereka jalani penggambaran drama 13 episod di bawah arahan pengarah dan juga penulis skrip itu di Air Mawang, Kuala Pilah.
Berikutan itu, pelakon terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampin, 19 Jun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang. – SINAR HARIAN

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sebenarnya Shila Amzah Pernah ‘Couple’ Dengan Awi Sebelum Sharnaaz…


Amboi, ramai nampaknya yang tidak puas hati dengan Murai Batu apabila Murai Batu menulis artikel pada Hanez Tiada, Awi Rafael-Shila Amzah Ada Chance Bersama.
Sebab, diaorang ingat Murai Batu sengaja buat cerita untuk laga-lagakan Shila Amzah dengan Awi Rafael. Ish..ish..ish… Murai Batu pun takde masa nak buat kerja-kerja untuk melagakan orang ni ya.
Tapi, kisah percintaan Shila Amzah dengan Awi Rafael ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan segelintir orang di dalam industri muzik. Yang tak tahu cuma orang di luar sana saja.
Untuk pengetahuan semua, Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Awi Rafael sebelum dia berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad lagi.
Haaa.. Tapi percintaan mereka tidak berjaya dihidu oleh sesiapa kerana ketika itu Shila Amzah pun masih low-profile.
Begitu juga dengan Awi Rafael.
awirafaeldalam1
Kalau korang semua nak tahu, Sharnaaz Ahmad sendiri pun pernah melahirkan cemburu terhadap Awi Rafael sewaktu Shila Amzah menyertai pertandingan Mania dulu.
Waktu itu, Awi Rafael dengan Shila Amzah memang sudah tiada apa-apa lagi dan Shila pula sudah bercouple dengan Sharnaaz.
Selama ni, Murai Batu simpankan saja rahsia ni.
Tapi, sejak Shila Amzah kembali single dan begitu juga dengan Awi Rafael, barulah Murai Batu kongsikan perkara ini pada korang semua.
Pandaikan Murai Batu simpan rahsia?
Apapun, baik Awi Rafael dengan Shila Amzah masing-masing pun tengah sibuk membina kerjaya nyanyian masing-masing. Kita doakan yang terbaik saja untuk mereka ya!(Murai.com.my)


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Mati Di Pangkuan Tunang Sehari Sebelum Majlis Nikah


Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, kelmarin.
Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.
Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.
Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di Johor Bahru, parah dan meninggal dunia di depannya.
“Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil,” katanya.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penc @bul Tak Sempat R0 go1 Mangsa Sebab ‘Terpancut Awal’


Riski a.k.a Yaya adalah suspek yang terpaksa berdepan dengan pihak polis atas perbuatannya lucahnya.
Beliau telah diserahkan oleh orang ramai yang menahannya setelah seorang pelajar sekolah menenagah yang hampir dirogolnya di Garut, Jawa Barat membuat aduan. Tidak itu sahaja, Riski turut mengugut mangsa dengan memaksa beliau menyerahkan wang kepadanya.
Kejadian bermula apabila mangsa yang baru pulang dari sekolah ke kampungnya di Cirawa Jati. Oleh kerana jarak sekolah dan rumahnya agak jauh, beliau terpaksa merentas kawasan estate untuk sampai.
Di dalam perjalanan itu, beliau telah dihalang oleh suspek. Mangsa kemudiannya diheret ke sebuah pondok di ladang itu tersebut. Ketika hampir dirogol oleh suspek, mangsa meronta-ronta untuk mengelak dari suspek.
Akibat dari rontaan tersebut, nafsu suspek semakin meluap-luap terhadap mangsa. Akibatnya beliau mengalami ejakulasi awal sebelum sempat memperkosa mangsa. Kejadian rogol tersebut gagal dilakukan oleh suspek.
Oleh kerana suspek tidak dapat merogol mangsa, beliau telah memeras ugut mangsa dengan memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya. Dan selepas itu beliau meninggalkan mangsa di pondok tersebut.
Mangsa kemudiannya meminta pertolongan daripada orang yang lalu lalang di kawasan ladang tersebut. Selepas aduan dari mangsa, orang ramai bergegas mencari suspek dan memukul beliau sebelum diserahkan kepada pihak polis.
wowberita.org

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Federer, Sharapova Pula Tumbang Di Wimbledon

Federer, Sharapova Pula Tumbang Di Wimbledon
LONDON – Selepas Rafael Nadal, kini giliran juara tujuh kali, Roger Federer dan juara wanita 2004, Maria Sharapova menerima kekalahan mengejut di kejohanan tenis Wimbledon pada pusingan kedua, awal pagi tadi.
Juara bertahan, Federer yang juga pemain pilihan ketiga tewas kepada pemain Ukraine yang menduduki ranking ke-116 dunia, Sergiy Stakhovsky 6-7 (5/7), 7-6 (7/5), 7-5, 7-6 (7/5).
Ia adalah kekalahan terburuk Federer dalam kejohananan Grand Slam untuk dekad ini.
Sharapova, pilihan ketiga kejohanan tumbang kepada pemain kelayakan Portugal, Michelle Larcher De Brito yang menduduki ranking ke-131 dunia dengan 6-3, 6-4.
Kekalahan dua jaguh Wimbledon itu dua hari selepas Nadal tersingkir pada pusingan awal.
Penganjur kejohanan menerima kritikan apabila tujuh pemain sama ada tercedera atau memberi kemenangan percuma berikutan keadaan gelanggang rumput yang tidak selesa. – AFP

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wimbledon: Azarenka Tarik Diri Susulan Kecederaan

Wimbledon: Azarenka Tarik Diri Susulan Kecederaan
LONDON – Pemain pilihan kedua wanita, Victoria Azarenka menarik diri daripada kejohanan tenis Wimbledon selepas mengalami kecederaan di lutut kaki kanannya ketika perlawanan pembukaan, Isnin lalu.
Pada awal set kedua bertemu Maria Joao Koehler, Azarenka dilihat tergeliat di kaki ketika berada di garisan belakang gelanggang sebelum terjatuh.
Azarenka bagaimanapun pilih selepas diberi rawatan untuk menang 6-1, 6-2 namun selepas perlawanan beliau kelihatan berjalan dengan kesakitan.
Awal pagi ini, beberapa minit sebelum memulakan perlawanan pusingan keduanya menentang Flavia Pennetta, dia mengambil keputusan menarik diri. – AFP

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Boleh Memasak, Syura Rancang Buka Restoran

Bukti Boleh Memasak, Syura Rancang Buka Restoran
KUALA LUMPUR – Juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, iaitu penyanyi Syura berazam untuk membuka sebuah restoran bagi membuktikan kepada segelintir penonton yang mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.
Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, berkata dia akan mengambil kursus kulinari bagi mendalami pelbagai teknik masakan terlebih dahulu.
“Saya terkilan menangis apabila membaca komen peminat di laman sosial yang mempertikaikan kemenangan saya dalam program ini.
“Saya ingin buktikan kepada masyarakat yang kemenangan ini adalah kerana saya benar-benar boleh memasak. Insya-Allah memang saya berniat untuk membuka restoran suatu hari nanti,” katanya.
Dalam rakaman rancangan itu yang disiarkan pada malam Selasa lalu, Syura berjaya menewaskan saingannya iaitu pengacara Celina Khor.
Kemenangan itu melayakkan Syura menerima wang tunai RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory
Jelas Syura, disebabkan spekulasi dan pertikaian tentang kemenangan tersebut, ia menguatkan lagi azamnya untuk membuktikan bahawa dia menceburkan bidang masakan bukan sekadar suka-suka.
Sementara itu, Syura berkata dia berazam untuk membawa ibunya Samsiah Mohamad, 52, menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.
“Selepas saya masuk ke peringkat 10 terbaik, saya sudah bernazar untuk bawa ibu menunaikan umrah jika saya menang program ini.
“Tapi tunggu dia sihat sedikit kerana dia kini masih dalam rawatan kerana mengalami ketumbuhan di paru-paru,” katanya.
Sementara itu, Syura menganggap kemenangan ini menjadi pembuka laluan kepadanya untuk kembali aktif dalam industri hiburan selepas lama menyepi.
“Saya memang dalam rangka untuk kembali aktif menyanyi dan saya sebenarnya baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur.
“Sebelum ini saya menetap di Johor Bahru kerana mengikut suami yang bertugas sebagai guru, tapi atas rayuan kepada Kementerian Pendidikan permohonan suami diluluskan untuk mengajar di Kuala Lumpur,” katanya.
Syura mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Fadhly Mohd. Yassin, 32, dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea, 4, dan Muhammad Irfan Aryan yang berusia 18 bulan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli menafikan pihak produksi telah membocorkan keputusan pemenang sebelum rakaman kemuncaknya disiarkan pada malam Selasa lalu.
“Ia bukan keputusan bocor tapi ia hanyalah spekulasi sahaja, bukan hanya Syura yang dijangka pemenang tetapi ada juga segelintir yang menyatakan Celina yang bergelar juara.
“Pada saya itu adalah perkara biasa pada setiap program yang dibuat secara rakaman, kerana peminat masing-masing mahu selebriti mereka menjadi juara,” katanya.
Dalam pada itu Raqim berkata pihaknya akan lebih berhati-hati dan memperketatkan lagi kawalan dalam program rakaman rancangan itu pada masa hadapan.
Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.
Barisan selebriti yang menyertainya ialah Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz dan Keroz Nazri. – mStar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Dan Video Majlis Pernikahan Pierre Andre

Gambar Dan Video Majlis Pernikahan Pierre Andre
Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengarah Pierre Andre Nazrul Andre, 28, yang telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya iaitu seorang model, Siti Nurhidayah Hashim, Ahad lalu.
Di sini, Mynewshub kongsikan video serta koleksi gambar sepanjang majlis pernikahan aktor tersebut yang telah berlangsung di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.
Pada majlis itu, pihak perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah RM20,000 sementara menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh Nurhidayah.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Oleh: AUDREY LEE
Foto: Mycutemoment

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ashraf Muslim Bergelar Tauke Beras

Ashraf Muslim Bergelar Tauke Beras
Selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, pelakon Ashraf Muslim dikhabarkan bakal bergelar tauke syarikat beras.
Syarikat beras itu nanti bakal diusahakannya bersama-sama dua rakan baiknya.
Memetik laporan Malaysian Digest, Ashraf berkata, “InsyaAllah saya akan memulakan perniagaan beras di bawah jenama Muslim yang dijangka akan berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Sekarang dalam proses pengilangan yang terletak di Pandamaran, Klang”.
Semakin murah rezeki Ashraf walaupun di sebalik segala kontroversi yang menimpanya baru-baru ini.
Diharapkan Ashraf mengambil iktibar di sebalik kisah sensasi perkahwinannya dan terus memajukan dirinya dalam bidang perniagaan yang diceburinya itu.
Oleh:  AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hamidin Dilantik Setiausaha Agung Baru FAM

Hamidin Dilantik Setiausaha Agung Baru FAM
KUALA LUMPUR – Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM0 berkuatkuasa 1 julai 2013.
Sehubungan itu, beliau terpaksa melepaskan semua jawatan di dalam Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) dan FAM yang dipegangnya sekarang.
Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) bermula 1 Julai. – BHarian

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Celina Fobia Dengan Masterchef Selebriti 2

Celina Fobia Dengan Masterchef Selebriti 2
KUALA LUMPUR – Naib Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MSM 2), Celina Khor akui fobia untuk menyertai program realiti seperti MSM 2 lagi, biarpun ianya sudah pun berakhir pada malam tadi.
Celina Khor berkata dia fobia dengan drama dan lime light (tumpuan) yang diberikan kepadanya selama dia berada di dalam MSM 2 dan berkata serik untuk kembali ke program seperti itu.
“Saya sebenarnya tidak biasa bila tiba-tiba lime light diberikan kepada saya ketika menyertai porgam ini. Lebih-lebih lagi apabila saya dengan tidak sengaja terjebak dengan drama-drama yang berlaku di dalam program ini.
“Yelah, sebelum ini, saya kurang diberi perhatian begini walaupun agak dikenali ramai, jadi saya jadi shock sekejap dengan apa yang berlaku, namun lama kelamaan saya dapat membiasakan diri sehingga berjaya berada di peringkat akhir,” katanya kepada murai.com.my selepas sidang media mengumumkan juara MSM 2, malam tadi.
Celina Khor yang tewas kepada Syura berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,500 kepada Furry Friends Farm yang merupakan Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.
Mengulas lanjut mengenai Syura yang berjaya menewaskannya di dalam final MSM 2, Celina sendiri tidak menyangka dia akan bertarung dengan Syura.
“Sebenarnya masa kami sama-sama dalam top 10, saya tidak pernah terfikir Syura akan bersama saya jika saya berada di peringkat akhir kerana dia antara peserta yang on the dot.
“Susah nak menjangkakan Syura akan pergi sejauh ini kerana apa yang dalam fikiran saya adalah mungkin Syanie atau Che Ta yang akan ke final.
“Namun saya sedar akan kebolehannya ketika kami sama-sama berada di dalam top 5 kerana dia menunjukan kehebatan sedikit demi sedikit dalam masakannya dan saya rasa dia memang patut menang,” jelasnya lagi.
Bercakap mengenai perancangannya dalam bidang masakan selepas ini, Celina memberitahu dia akan meneruskan minatnya itu secara serius dengan mengambil bidang kulinari di kolej masakan terkenal, Le Cordon Bleu di Sunway.
“Saya akan belajar lebih mendalam dalam bdiang ini kerana saya amat memintainya. Saya jangka selepas siap rakaman program 3R, saya akan menyambung pelajar dalam bdiang kulinari di Le Cordon Bleu pada penghujung tahun ini,” tambahnya lagi. – Murai

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Bilik Dan Ubat-Ubatan Milik MJ

mj
Semalam merupakan ulangtahun keempat kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akibat terlebih dos ubat yang diberikan oleh doktor peribadinya, Doktor Conrad Murray.
Sempena ulangtahun itu juga sebuah media mendedahkan koleksi gambar bilik tidur serta ubat-ubatan yang diambil oleh Jackson sehingga mengorbankan nyawanya.
Walaupun sudah empat tahun meninggal dunia, namun Ikon Pop itu masih diinggati di seluruh dunia apabila kebanyakan syarikat penyiaran televisyen dan radio mengadakan segmen ‘tribute’ dengan mendendangkan lagu-lagu popular miliknya sepanjang hari semalam.
Jackson meninggal di usia 51 tahun meninggalkan tiga legasinya iaitu Prince, Paris dan Blanket.
mj2
mj3
mj4
mj5
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story