Anda Bencikan saks Sejenis? Zina? Murtad?… Jom Tandatangani Petisyen Ini

Anda Bencikan Seks Sejenis? Zina? Murtad?... Jom Tandatangan Petisyen Ini

COMANGO yang terdiri daripada gabungan 54 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, antara lain menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan keIslaman seseorang itu.
Selain itu, COMANGO menuntut menghapuskan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) baru-baru ini telah melancarkan kempen ‘Sejuta Ummah Tolak Comango’ sebagai bukti bahawa masyarakat negara ini membantah segala tuntutan biadap gabungan NGO liberal Comango.
Kempen ini dijalankan dengan mengumpulkan tandatangan secara fizikal dan petisyen atas talian.
Sejuta tandatangan ini akan diserahkan kepada pihak kerajaan sebagai bukti bahawa dakwaan Comango adalah palsu dan perlu ditolak dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.
“Kita akan menyerahkannya kepada pihak kerajaan dan ini juga sebagai isyarat kepada negara-negara anggota PBB supaya menolak tuntutan mereka (Comango),” kata Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya.
Katanya lagi, ISMA selaku gerakan Islam memandang berat tuntutan-tuntutan Comango yang mencabar Islam dan perlembagaan negara.
“Tindakan mereka yang jahat ini boleh mengakibatkan tergugatnya keharmonian kaum yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai.
“Oleh itu kita telah mengambil inisiatif menjalankan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang ancaman yang dibawa oleh Comango,” katanya lagi.
Sehingga kini, sebanyak 15 buah ceramah ‘Kempen Selamatkan Ummah’ yang menerangkan bahaya Comango telah diadakan di seluruh negara termasuk di beberapa buah institut pengajian tinggi awam sejak awal November lalu.
Katanya, terdapat banyak lagi siri ceramah penerangan akan diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya Comango selain dapat mengumpulkan tandatangan ini.
Selain itu, 80 ribu risalah bahaya Comango juga telah disebarkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Ketua Biro Politik ISMA menyeru semua umat Islam tampil bersama-sama dengan ISMA dalam usaha mengumpulkan tandatangan ini.
“ISMA menyeru semua umat Islam dari pelbagai pihak untuk tampil ke hadapan bersama-sama dengan kami untuk mengumpulkan tandatangan ini sebagai sokongan membantah Comango,” kata beliau.
Selain menandatangani borang yang diedarkan oleh petugas-petugas ISMA, orang ramai juga boleh menandatangani petisyen atas talian yang boleh didapati pada pautan berikut:
http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story