Beberapa Pokok Tumbang Sekitar Shah Alam Akibat Hujan Lebat

Antara insiden pokok tumbang di sekitar Shah Alam. Foto twitter @bombaJBPM
KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada kira-kira 4 petang mengakibatkan enam insiden pokok tumbang sekitar Persiaran Tebar Layar, Seksyen U8 di Shah Alam, Isnin.
Pemangku Penyelia Operasi dan Pegawai Bomba Kanan II Shah Alam, Noor Fazida Tina Mohamad Noor berkata, kesemua insiden berlaku di lokasi berbeza dan menghalang laluan kenderaan di sekitar Persiaran Tebar Layar.
Beliau berkata, satu daripada insiden itu menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dihempap pokoK.
Bagaimanapun, katanya, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Kejadian pokok tumbang di Bukit Jelutong. Foto twitter @bombaJBPM
Sementara itu, jurucakap PLUSLine berkata satu lagi insiden pokok tumbang berlaku di Kilometer 4.3 dari arah utara menghala Setia Alam pada kira-kira 2.30 petang.
Beliau berkata, insiden itu menyebabkan trafik sesak dan pokok itu, yang menghalang bahagian tengah laluan jalan raya berkenaan, berjaya dialih pada kira-kira 3.30 petang.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan trafik kemudian bergerak lancar. -mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story