Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan



KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.

"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.

"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak," katanya.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.


Rozita tampak anggun walaupun sedang sarat mengandung. RAJA FAISAL HISHAN/The Star
"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," ujarnya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Mengenai program realiti Pureen  Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104).

Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata.

"Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.

"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," selorohnya.

Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story