GOOGLE STREET RAKAM PASANGAN LAKUKAN EHEM TEPI JALAN RAYA

 Foto: Google Street View/Mirror
Google Street View telah merakam adegan sepasang kekasih tengah membuat hubungan seks di tepi jalan. Pasangan kekasih itu tertangkap kamera Google Street View di Jalan Raya Dukes berhampiran bandar Keith, Australia Selatan. 

Si lelaki kelihatan sedang minum sebotol bir, sementara kekasihnya kelihatan sedang melambaikan tangan ke arah kamera Google.

Foto itu tersebar dengan cepat di media sosial, dengan ramai pengguna media sosial menduga bahawa adegan itu telah direkayasa.

Satu mesej yang dimuat naik ke media sosial Reddit oleh "benxology" mendakwa bahawa pasangan itu adalah "saya dan kekasih saya".

"Kami melihat kereta Google dalam perjalanan menuju Adelaide beberapa tahun lalu. Saya menambah kelajuan, memotong kereta Google dan berpose dengan sebotol Corona (bir) di tangan saya," kata pengguna Reddit itu.

"Saya menandakan tempat itu di peta untuk mengingat agar lokasi tersebut boleh saya kunjungi lagi. Namun malangnya, saya tak pernah menemui tempat itu lagi," tambahnya.
-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story