IBU MUDA INI HAMIL ANAK KEMBAR LIMA,SAIZ PERUT YANG SANGAT LUAR BIASA (3 GAMBAR & VIDEO)


Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.



Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.-tabekpuang


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PELIK! IKAN INI PAKAI PELAMPUNG DALAM AIR?

Ikan memakai pelampung seakan mustahil tapi itu yang terjadi pada ikan emas ini. Jika ikan memakai pelampung di dalam air, itu unik kerana fitrahnya ikan memang hanya boleh hidup di dalam air. Seekor ikan emas perlu memakai pelampung jika ia mahu meneruskan hidup dengan normal. Pada mulanya ikan ini berenang dalam keadaan terbalik, tetapi pemilik ikan ini telah menciptakan untuk ikan tersebut dengan sebuah pelampung kecil. Unik kan? Jom layan video di atas ini.

einstein_goldfish_sife_jacket_1
Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama ‘Einstein’ ini telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.
einstein_goldfish_sife_jacket_2
Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa mencipta sejenis pelampung khasuntuk dipakaikan pada ikannya itu.
Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan sempurna pada badan ikan tersebut danmembolehkannya berenang dengan normal semula.
einstein_goldfish_sife_jacket_3
En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya agar dapat dipakai oleh Einstein.
“Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih baik,” kata En. Naylor.
einstein_goldfish_sife_jacket_4



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

SUAMI JADI BIDAN , WANITA BERSALIN DI LEBUHRAYA ELITE



Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila terpaksa membidankan sendiri isterinya di tepi Lebuhraya Elite jam 6 petang semalam . Suami yang diberi bantuan oleh petugas hospital melalui telefon akhirnya berjaya melakukanya 10 minit kemudian . Hasilnya, Isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki . Lelaki tersebut turut dibantu petugas Lebuhraya Elite. Ambulan dari Hospital Putrajaya tiba 15 minit kemudian. 


Bukan perkara mudah bagi seorang lelaki untuk menjadi bidan tambah lagi ditepi jalan. Tahniah atas kehadiran cahaya mata.






Sumber: Nescafe ais

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR PETUGAS BANDARAYA DI KEJAR DENGAN PISAU POTONG DAGING


Seorang pemilik kedai berlari sambil memegang pisau dapur mengejar seorang petugas dari Chengguan (petugas bandaraya) dengan pisau dapur di jalan Foshan, wilayah Guangdong pada 23 September, 2014.

Peniaga itu sebagai pemilik kedai, enggan untuk membuang tanda-tanda iklan dan menggunakan kekerasan, kata laporan.

Polis tempatan terpaksa melepaskan tembakan amaran dan menghentikannya. Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat polis.

Tiada yang tercedera dilaporkan selepas peniaga itu diberi tembakan amaran 


.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

INILAH PEMILIK SUARA SEBENAR ANIME TERKENAL JEPUN NARUTO

Populariti anime Naruto di seluruh duniatak luput dari peranan serta pengisi suaranya,Junko TakeuchiBerkat dirinyalah, watak Naruto yang berasal dari manga karanganMasashi Kishimoto itu menjadi lebih hidup. 





Lantas, siapakah sebenarnya Junko Takeuchi? Apa saja anime yang pernah digeluti olehnya? Berikut gambaran singkat sang pelakon.

Jika anda mengira Junko Takeuchi adalah seorang lelaki, bermakna tekaan anda salah. Junko adalah seorang wanita kelahiran Saitama, 5 April 1972 Namanya lebih dikenali sebagai pengisi suara (dubber) atau seiyuu (istilah di Jepun) beberapa anime ternama.

Sebelum mengisi suara NarutoJunko sempat menghidupkan watak Gon FreeCSS di animeHunter x Hunter versi lawas yang disiarkan pada 1999 silam. Memang kebanyakan watakyang diisi oleh suaranya adalah laki-laki muda dengan watak unik dan tidak masuk akal.

Selain Naruto dan `Hunter x Hunter`Junko juga pernah terlibat di anime top lain sepertiRurouni Kenshin (Samurai X) sebagai Honjo KamatariDigimon Frontier sebagai TakuyaKanbaraOnegai My Melody sebagai KuromiInazuma Eleven sebagai Endou Mamorusekaligus Endou Kanondan di anime One Piece sebagai Sabo.

Uniknyawanita yang mempunyai golongan dar * h B inimempunyai hobi membacarasekaligus menonton perlawanan gusti profesionalMenyanyi juga menjadi salah satubidang yang sedang ditekuninya.

Suaranya yang terkesan sangat maskulinturut menghasilkan beberapa tembang khususanime Naruto seperti OHENKA !, Life Goes OnNaruto s Neko Songdan Gyu-ru-ru.Beberapa lagu untuk anime Hunter x Hunter dan Digimon juga sempat ia nyanyikan.

KiniJunko Takeuchi telah mempunyai seorang anak lelaki yang lahir pada 2012 laluIajuga tengah bekerja untuk projek multimedia bernama Love Livesejak 2005.

Seperti yang dipetik dalam blognya digali Sumbangan Junko Takeuchi di dunia animetelah memberikan warna tersendiriSedikit banyakNaruto telah menjadi sebahagiandaripada dirinyaIa telah menjadi aset yang besar bagi perkembangan industri anime diJepunBahkan, ajang Comic-Con International pun sering disambanginya
. (Rul/Ade) -tabekpuang

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

FENOMENA ANEH REMAJA CHINA BERDATING DENGAN SAYUR KUBIS

Fenomena aneh yang sedang berlaku di China, di mana sekumpulan remaja memilih berdating dengan kubis, bahkan lebih gila lagi mereka membawa kubis untuk berjalan-jalan di tempat awam bahkan di sebuah festival tanpa ada rasa malu.

Karenah para remaja tersebut kini telah berlaku di beberapa bandar-bandar besar di China, para pakar psikiatri China mengatakan ianya cukup membimbangkan dengan sikap aneh para remaja tersebut.

Dipetik dari orange.co.uk. "Itu adalah cara mereka untuk bercakap dan berkongsi sesuatu. Dan cara aneh ini sudah terjadi di beberapa bandar besar di China, "jelas Psikiatri dari Universiti Beijing Wen Chao.



-tabekpuang

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR-GAMBAR PERANGAI KURANG SOPAN PENUMPANG DALAM PESAWAT…




Di negara kita mungkin jarang dapat melihat pekara-perkara sebegini dan boleh dikatakan tak pernah yang mana cara duduk dan tidur yang tidak senonoh apatah lagi di tempat awam. Mungkin itulah antara kelebihan kita yang mana masih tahu beradab.


Disini Siakapkeli ingin berkongsikan beberapa keping gambar dari PassengerShaming.com yang mana memperlihatkan pelbagai cara dan aksi pelik penumpang-penumpang ketika dalam pesawat di luar negara.

Yang paling menghairankan adalah bila sesetengah aksi yang tidak senonoh juga dilakukan dalam pesawat awam yang rasanya tak perlu penulis sebutkan. Bagaimanapun mereka mungkin di bawah pengaruh alkohol.








-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

BOMBA GUNA TOPENG OKSIGEN PALING KECIL UNTUK SELAMATKAN HAMSTER



Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.

Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.

Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu. -

Sumber: SiakapKeli.com




-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR GADIS CANTIK BERSELFIE NAMPAK BULU KETIAK YANG MENJADI TREND DI CHINA


SELFIE KETIAK : KEGILAAN BARU MEDIA SOSIAL DI CHINA (15 GAMBAR) | Minggu lepas di Malaysia trending #SelfieRaya. Di China tak ada Aidilfitri maka mereka trending Selfie Ketiak. 




-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Chong Wei Mahu Berehat Selepas Terbuka Denmark

Lee Chong Wei.
SEPANG: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasratnya untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia tahun hadapan.

Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti.

"Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark," katanya kepada media sejurus tiba dari Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Selasa.

Chong Wei dijadualkan menyertai Terbuka Denmark, satu daripada kejohanan Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dari 18 hingga 23 Oktober ini.

Menurutnya keputusan untuk berehat itu wajar berikutan tiadanya kejohanan yang perlu disertainya pada Januari dan Februari depan.

"Awal tahun depan tidak ada kejohanan besar, ia agak baik untuk saya berehat sebelum memulakan latihan dan tingkatkan prestasi bagi menghadapi All England dan Terbuka Malaysia," katanya.

Chong Wei juga mengakui prestasinya agak menurun selepas Kejohanan Dunia Denmark bulan lepas, namun menganggap pencapaiannya sehingga ke peringkat separuh akhir pada Sukan Asia Incheon adalah cukup bagus.
Mengenai kerjayanya dalam badminton, beliau berharap dapat terus bertahan untuk dua tahun lagi.

Ditanya mengenai kemungkinan BAM mengambil jurulatih baharu dari China untuk membantunya dan skuad badminton negara, Chong Wei berkata beliau menerima apa sahaja keputusan BAM.

BAM dilaporkan bakal melantik beberapa jurulatih baharu termasuk He Guo Quan, iaitu bekas jurulatih pemain perseorang lelaki Lin Dan dan pemain perseorangan wanita Li Xueriu.

Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock berkata langkah BAM membawa jurulatih mungkin memberi kebaikan kepada Chong Wei.

"Ia akan wujudkan satu perubahan ke arah kebaikan kepada Chong Wei...saya fikir, kita perlu buat perubahan atau sesuatu yang lain untuk Chong Wei (khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik)," katanya.
Menurutnya beliau tidak menghalang jika BAM mahu Chong Wei dikendalikan seorang jurulatih baharu.

"Jika perubahan itu penting dan untuk kebaikan Chong Wei, saya tidak kisah. Kita perlu cari formula untuk bantu kecemerlangan beliau. Saya nampak beliau begitu kecewa bila tewas kepada Lin Dan di Sukan Asia," katanya.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Naik Taraf Sistem Operasi ATM Cegah Digodam

Rakaman CCTV menunjukkan suspek kes godam mesin ATM baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh bank untuk menghalang mesin juruwang automatik (ATM) daripada serangan siber, iaitu termasuk menaik taraf sistem operasi komputer.

Langkah pencegahan awal itu dapat menangkis kejadian yang tidak diingini seperti kejadian yang dilakukan satu sindiket dipercayai Amerika Latin menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Johor dan Melaka membabitkan kerugian hampir RM3 juta minggu lepas.

Kumpulan itu dipercayai menggodam sistem ATM menggunakan sim kad telefon dan teknologi telefon canggih tetapi tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.

Sebuah syarikat keselamatan perisian komputer berpangkalan di Amerika Syarikat, Symantec, mencadangkan agar bank menaik taraf komputer mereka kepada sistem operasi komputer seperti Windows 7 atau 8.

Dalam laman webnya di www.symantec.com, syarikat itu berkata bank seharusnya menyediakan perlindungan fizikal yang mencukupi dan mempertimbang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di ATM.

Symantec berkata langkah lain ialah dengan mengunci BIOS komputer untuk menghalang pengebutan semula media yang tidak dibenarkan, seperti CD-ROM atau USB stick.

"Menggunakan penyulitan cakera penuh bagi menghalang cakera diganggu dan menggunakan sistem kunci penyelesaian seperti Pusat Data Keselamatan Symantec: Server Advanced (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Perlindungan Kritikal)," kata Symantec.

Ia berkata dengan menggunakan kaedah itu, penyerang mungkin berhadapan kesukaran untuk menggodam ATM tanpa bantuan orang dalam.

Menurut syarikat itu, mesin ATM lama menggunakan Windows XP terdedah kepada serangan siber oleh penjenayah siber menggunakan teknik canggih terutama apabila ditempatkan di lokasi yang jauh.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan fizikal yang mencukupi bagi komputer di dalam ATM untuk menahan serangan tersebut.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tiga Lagi ATM Digodam Di KL, Melaka

Mohd Kamarudin Md Din.

KUALA LUMPUR: Kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menggemparkan negara ini apabila tiga lagi bank pada petang Selasa dilaporkan menjadi mangsa terbaharu didalangi sindiket warga Amerika Latin itu.

Di ibu negara, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM92,900.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata pengurus bank tersebut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang Selasa setelah mendapati baki audit di salah sebuah ATM lesap.
"Dia kemudiannya meneliti kamera litar tertutup (CCTV) pada 28 September lalu dan mendapati seorang suspek yang memasuki bank tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi hari yang sama dan mengeluarkan wang menggunakan modus operandi  dalam kes terdahulu.
"Dia (suspek) kemudiannya memasuki bank sebanyak empat kali, memakai pakaian berlainan setiap masa. Di mesin tersebut, dia mengambil telefon dan dapat mengeluarkan wang tanpa menekan sebarang butang di mesin," katanya.
Di Melaka, Pengurus Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya membuat laporan polis pada Selasa mengatakan sebanyak RM355,570 wang di mesin ATM di kedua-dua bank itu lesap.

Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kedua-dua pengurus bank terbabit membuat laporan selepas rakaman CCTV mendedahkan gambar dua daripada tiga suspek yang menggunakan modus operandi yang sama untuk menggodam duit dari ATM.

Al Rajhi Bank dilaporkan menanggung kerugian RM233, 770 selepas dikeluarkan dua suspek manakala Affin Bank kehilangan RM122, 800 dipercayai dilakukan oleh tiga suspek.

"Ia perkara sama seperti yang berlaku di negeri lain. Siasatan akan dilakukan dengan kerjasama Bukit Aman," katanya kepada The Star.
Jumlah terbaharu itu menjadikan sebanyak 17 mesin ATM  digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jessica Tinggalkan Kumpulan Girls Generation

Jessica mahu melancarkan karier solo dan memulakan perniagaan dalam bidang fesyen.
SELEPAS timbul beberapa spekulasi mengenai kedudukan Jessica dalam Girls Generation akhirnya pihak pengurusannya mengesahkan penyanyi itu mengambil keputusan keluar daripada kumpualan itu.

Allkpop melaporkan, Jessica membuat keputusan berkenaan kerana alasan peribadi selain ingin meneruskan karier solo dan terlibat dalam dunia perniagaan berkaitan fesyen.

"Sepatutnya Jessica akan bersama dengan Girls Generation untuk sebuah album lagi namun atas masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan kami mengumumkan, berita pengundurannya adalah benar.

"Kami di SM Entertainment akan sentiasa menyokong kerjaya Jessica dan berharap dia akan berjaya dalam apa juga bidang diceburinya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, biarpun telah meninggalkan Girls Generation namun kerjaya Jessica akan tetap diuruskan oleh SM Entertainment.

Jessica sebelum ini sempat mengumumkan sendiri keputusannya itu menerusi akaunWeibo miliknya pada Isnin.-mstar
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan



KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.

"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.

"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak," katanya.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.


Rozita tampak anggun walaupun sedang sarat mengandung. RAJA FAISAL HISHAN/The Star
"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," ujarnya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Mengenai program realiti Pureen  Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104).

Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata.

"Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.

"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," selorohnya.

Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Aliff Aziz Dedah Tidak Terlibat Curi Telefon Bimbit

Aliff menafikan dia mencuri dua buah telefon bimbit pada Mei lalu namun mengakui ditahan bagi membantu siasatan pihak polis di Singapura.
PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Aliff, 22, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek yang berada di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan.

"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.

"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini.

Akhbar Berita Harian Singapura pada Selasa melaporkan Aliff dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit dan boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Aliff bakal ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.


Menurut laporan itu lagi, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, Aliff berkata, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsanya dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi.

"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

"Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi," katanya.

Sementara itu, Aliff berkata, kejadian itu juga adalah antara sebab dia menghilangkan diri selama beberapa bulan kerana dia tidak dibenarkan meninggalkan negaranya selagi kes berkenaan tidak selesai.

Jelas Aliff, dalam tempoh itu juga dia banyak bermuhasabah diri tentang pelbagai perkara termasuk pergaulannya dengan rakan-rakan yang memberikan impak negatif kepadanya.

"Bukan saya ingin salahkan kawan-kawan dengan apa yang terjadi tetapi sudah tiba masanya saya menjauhi mereka yang mampu memberi impak negatif kepada saya.

"Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan," jelasnya.

Aliff menjelaskan dia bakal kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidiladha untuk menyiapkan proses rakaman album terbaharunya yang kini dalam proses akhir.

"Sudah tiba masanya saya kembali fokuskan kepada kerjaya nyanyian tambahan pula album terbaharu akan keluar tidak lama lagi.

"Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi," katanya.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang

Vanidah menegaskan rumahtangganya bersama Rashidi masih kukuh.
PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat laporan mengatakah mereka bakal bercerai.

Vanidah, 41, berkata, dia dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip isu yang tidak benar itu.

"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar Online.

Vanidah dan Rashidi sebelum ini pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011.

Bagaimanapun Vanidah telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu.

Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak.

"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story