Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?

Kalau nak diikutkan Zul Ariffin bukan baru memasuki dunia lakonan.
Tetapi populariti drama Rindu Awak 200 Peratus telah membuatkan namanya turut mencanak naik secara mendadak.
Bagai baru tersedar daripada lamunan, penonton Malaysia mula menyedari bakat selain rupa paras kacak serta badan ‘sado’ milik Zul.
Malangnya kebanyakan peminat wanita terpaksa menerima hakikat hati Zul adalah milik penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai.
imageResize
Walau berbeza bangsa dan jarak usia, cinta Zul dan Gayatri sudah lama diakui kedua-dua mereka.
Maka apabila satu gambar Zul bersama kereta baru berwarna putih dimuatnaik oleh kakaknya di laman Instagram, peminat dan beberapa portal hiburan mula membuat telahan bahawa ia ada kena mengena dengan Gayatri.
Zul Arifin di samping kereta baru
Ini kerana seminggu sebelumnya Gayatri telah memuat naik gambar sebuah kereta mewah Maserati berwarna putih di laman Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Dare to dream’.
Dah pasti, kapsyen itu membayangkan harga Maserati yang mahal ya ampun; kebanyakannya lebih RM1 juta hingga ia hanya mampu jadi kereta dalam mimpi sahaja bagi kebanyakan orang.
Maserati di Instagram Gayatri

Bagaimana pun telahan ini hanyalah dibuat berdasarkan warna kereta sahaja sedangkan logo kereta tidak terlihat pun pada gambar menunjukkan Zul tersenyum bangga di samping kereta barunya tu. Jadi betulkah itu Maserati?
Tapi kalau betul pun itu memang Maserati milik Zul biarlah, mungkin dia memang dah lama menabung demi kereta idaman siapa tahu kan?
Dan jika ia dihadiahkan Gayatri seperti dihebohkan netizen pun rasanya tak ada isu sangat di situ memandangkan Zul dan Gayatri tidak pernah merahsiakan mereka memang punya hubungan istimewa.
So macam kebanyakan pasangan bercintalah..  ‘kereta you, kereta i lah jua’ konsepnya.
- mynewshub.my
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kelantan Akan Penjarakan Lelaki Gagal Solat Jumaat Tiga Kali

Jika anda seorang lelaki dan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut , dan berada di Kelantan, anda akan dipenjarakan selama setahun.
Itulah pendekatan yang diambil kerajaan negeri Kelantan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Nassuruddin Daud.
Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melaksanakan tindakan berkenaan mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan itu.
“Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali. Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu,” kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang Wan Ubaidah Omar di pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.
Wan Ubaidah inginkan penjelasan dari kerajaan negeri berhubung hukuman untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.
Nassuruddin yang juga ADUN Meranti berkata, sesiapa sahaja termasuk Imam atau Ahli Jawatankuasa Masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.
“Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK).
“Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut.
“Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu. Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian. – MYNEWSHUB

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Lama Erin Malek Di Kelab Malam Tersebar… Motif?

SEJAK melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.
Jika sekarang sedang heboh gosip menyatakan dia ke kelab malam bersama suaminya selepas melangsungkan perkahwinan, ramai juga yang perasan beberapa keping gambar lama Erin sedang berhibur di sebuah kelab telah tersebar di beberapa portal hiburan beberapa hari sebelum dia bernikah lagi.
Kini, gambar Erin yang seksi dan dikatakan meneguk minuman keras itu semakin rancak disebarkan.
erin malek1
erin malek
erin malek2
Dengarnya, gambar ini dah lama dirakam ketika Erin mengunjungi kelab Rootz KL namun kembali diedar oleh seseorang yang cemburu dengan kebahagiaannya sebagai pengantin baharu.
Bertabahlah Erin… manusia ni macam-macam perangai.
Setiap manusia mesti ada masa silam. Apa yang terbaik perbetulkan kesilapan lalu untuk kehidupan akan datang yang lebih bermakna daripada melayan perkara-perkara yang tak mendatangkan untung.
Selamat berbulan madu!! - MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

5 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan lima lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang 9 Okt lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima lelaki itu berumur antara 25 dan 46 tahun dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Katanya kesemua mereka berasal dari Lembah Klang.
“Tangkapan dilakukan di IPKKL setelah mereka hadir untuk disoal selidik berhubung kejadian tersebut pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Tajudin, kelima-lima mereka direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Suspek Kes Bunuh Awal Pagi Tadi Ditahan Depan Bilik Mayat HTAR

Seorang wanita maut berlumuran darah akibat lima tikaman termasuk di belakang leher dalam satu kejadian bunuh di Seksyen 7, Shah Alam jam 2.10 pagi tadi.
Mayat Haryati Harun yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui di ruang tangga tingkat 6, Blok A, Apartment Crystal Heights.
Difahamkan mangsa yang berusia 40-an masih bujang dan tinggal menyewa di apartmen tersebut bersama beberapa rakan serumah.
Seperti prosedur biasa, mayat kemudiannya dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
Namun di hadapan bilik bedah HTAR sekitar jam 2 petang tadi, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias mengesahkan pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20-an bagi membantu siasatan.
Suspek dipercayai penuntut sebuah IPT dan mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - MYNEWSHUB.CC
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Sandha Enggan Layan Kontroversi, Hidup Lebih Aman

PELAKON jelita Fasha Sandha yang semakin cantik menunggu kelahiran anak keduanya mempunyai petua bagaimana sentisa kelihatan anggun dan positif walaupun sering ditimpa kontroversi.
Bercakap kepada Harian Metro, Fasha Sandha berkata, beliau ada pendekatan sendiri untuk menangani apa jua kontroversi yang timbul lebih-lebih lagi selepas berkahwin.
“Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahayamata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi dan saya akui dapat merasakan perbezaan itu. Sekiranya ada, saya hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Peminat saya bijak, mereka pandai menilai. Formula saya mudah sahaja, apabila sesuatu kontroversi datang, saya biarkan ia berlalu tanpa perlu melatah,” ujar Fasha Sandha.
Fasha Sandha
Katanya, beliau mengakui yang banyak kontroversi berunsur negatif semakin lenyap seiring dengan peralihan dalam fasa kehidupannya.
fasha sandha3
Fasha Sandha menambah, pendiriannya itu menjadi pendinding berkesan yang membuatkan apa-apa kontroversi gagal melekat pada dirinya.
Semoga Fasha terus tabah dan dimurahkan rezeki dengan kelahiran cahaya mata keduannya tidak lama lagi. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Untunglah… Hospital Swasta Sponsor Kos Bersalin Che Ta



BERUNTUNG sungguh Rozita Che Wan, dah lah majlis perkahwinannya dengan Zain Saidin sebelum ini ditaja sepenuhnya, kali ini proses kelahiran anak sulung pasangan ini juga akan disponsor sepenuhnya oleh Hospital Ampang Puteri.
Hospital swasta itu sudah bersetuju untuk menaja sepenuhnya proses kelahiran anaknya yang dijangka lahir Disember ini di mana tajaan itu merangkumi urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas pertama secara percuma.
Murah rezeki Che Ta sekeluarga, ni yang dikatakan sebagai rezeki anak.
Apa-apa pun kita doakan sahaja agar proses kelahiran cahaya mata Che Ta kelak selamat dan berjalan lancar. MYNEWSHUB

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Nak Tak Mesin Layan Diri Macam Ni Kat Malaysia?

SELALUNYA mesin layan diri macam ni banyak kita jumpa untuk menjual minuman panas atau sejuk serta makanan ringan, tapi sebenarnya banyak lagi produk yang boleh dijual di mesin layan diri.
Seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, mesin layan diri menjual pelbagai produk bukan sesuatu yang asing. Kita boleh membeli makanan panas, payung, rokok, gajet waima seluar dalam dari mesin layan diri.
Jom kita tengok mesin-mesin layan diri yang ‘cool’ ni…
1. Mesin Gajet, anda boleh membeli peranti elektronik dari mesin ini termasuk Ipad. Mesin ini terdapat di Los Angeles.
kak sha1 (wm)

2. Nak tilik nasib? Boleh guna mesin jer… nak percaya atau tak terpulanglah…
kak sha2 (wm)

3. Teringin nak makanan laut segar?  Boleh ditemui di Osaka. Harga seekor udang ini bermula dari 100 yen…
kak sha3 (wm)

4. Pakaian dalam pun boleh beli dari mesin layan diri. Cuma pastikan saiz yang betul jer… heheheh
kak sha4 (wm)

5. Panas atau hujan tiada masalah. Nak beli payung pun boleh…
kak sha5 (wm)

6. Makanan panas boleh dibeli 24 jam…
kak sha6 (wm)
7. Telur pun dijual…
kak sha7 (wm)

8.  Sempoi la boleh beli sandal kat sini jer…
kak sha8 (wm)

9. Nak buat kejutan pun senang…. Gubahan bunga segar siap sedia untuk dihadiahkan.
kak sha9 (wm)
10. Makanan sihat… salad segar dari mesin layan diri.
kak sha10 (wm)

Rasanya dah tiba masanya kita mempunyai lebih banyak mesin layan diri macam ni. Maklumlah di zaman serba pantas, teknologi dan kemudahan sebegini sangat membantu!  - MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Uptown Shah Alam Akan Dibangunkan Semula – Azmin


SHAH ALAM – Kompleks bazar larut malam (Uptown Shah Alam) di Seksyen 24 yang terbakar awal pagi tadi akan dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pusat perniagaan Bumiputera itu.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangunan bazar yang juga dikenali Kompleks Muhibah Seksyen 24 itu membabitkan menaik taraf lot perniagaan dan kemudahan letak kereta.
“Mengikut perancangan jangka panjang kompleks ini kita akan bangunkan semula termasuk meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan tempat letak kereta.
“Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menurap kawasan yang lapang bersebelahan kompleks perniagaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau gerai Uptown Shah Alam yang hangus terbakar di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi tadi, sebanyak 136 peniaga terjejas akibat kebakaran itu.
Azmin berkata, kerajaan negeri akan memberi sumbangan RM500 dan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban peniaga yang terjejas.
“Kita juga akan menurap kawasan lapang seluas 6.5 ekar di bawah tanah pusat pembangunan ibu tunggal bagi menyediakan khemah sementara supaya mereka (peniaga) meneruskan perniagaan,” katanya. – BHarian Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Senarai Barangan Yang Dikecualikan GST


Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2015 Jumaat lepas, beliau telah mengumumkan bahawa senarai barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diwartakan.
Terdapat lebih 900 barang yang disenaraikan dan ia dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor barangan dan perkhidmatan.
Berikut adalah senarai barangan yang dikecualikan GST : -
BARANGAN
Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan setakat ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian,atau kegunaan am.
i. Setakat bagi tujuan pertanian tidak termasuk tanah yang digunakan bagi aktiviti memburu dan memancing;atau
ii. Bagi tujuan kediaman termasuk apa-apa kemudahan tempat letak kereta yang bersampingan dengan pembekalan bangunan kediaman itu.
iii. Mana-mana bangunan atau premis setakat ia digunakan bagi tujuan kediaman, direka atau disesuaikan untuk digunakan atau diniatkan untuk digunakan sebagai kediaman tidak termasuk hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau establismen yang serupa bagi tempat tidur.
2. Mana-mana pembekalan logam berharga pelaburan termasuk adalah seperti:
i. Emas yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;
ii. Perak yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;
iii. Platinum yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kewangan
i. Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.
ii. Penyediaan pembiayaan apa-apa pinjaman, pendahuluan atau kemudahan yang serupa. Penyediaan apa-apa kemudahan ansuran kredit kewangan dalam suatu perjanjian sewa beli, jualan bersyarat, jualan kredit atau pajakan jika suatu faedah atau apa-apa caj lain yang serupa dinyatakan secara berasingan kepada penerima pembekalan barang itu.
iii. Pemindahan hak milik apa-apa nota atau arahan bagi pembayaran
iv. Pertukaran matawang atau pemindahan hak milik apa-apa derivatif yang berhubungan dengan pertukaran matawang (sama ada disebabkan oleh pertukaran mata wang, wang kertas atau syiling, dengan mengkredit atau mendebit akaun atau selainnya) selain pembekalan suatu wang kertas atau syiling sebagai suatu item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik.
v. Pemindahan hak milik apa-apa hak atau derivatif yang berhubungan dengan suatu obligasi bagi membayar faedah atau caj yang serupa.

Perkhidmatan Pendidikan
Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan:
i. Berhubung dengan pendidikan taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang disediakan kepada pelajar oleh penyedia berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961],
ii. Majlis Amanah Rakyat 1966, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Enakmen yang berkaitan dengan pengawalan sekolah agama Islam bagi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
iii. Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan atau bantuan kerajaan atau prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta
iv. Taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta”ertinya suatu sekolah atau suatu institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang ditakrifkan di bawah Akta Pendidikan 1996
v. “Institusi pendidikan” ertinya suatu sekolah atau mana-mana tempat lain yang, dalam menjalankan kerja suatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah suatu tadika dan suatu pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk;
vi. Mana-mana tempat yang dikategorikan sebagai suatu institusi pendidikan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menyediakan kelas tuisyen, latihan bahasa, komputer, kemahiran,kerjaya,profesion atau pekerjaan atau perdagangan, pengayaan minda dan pusat bimbingan
vii. Mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab bagi pendidikan,melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai bukan suatu institusi pendidikan bagi maksud Akta Pendidikan 1996.

Perkhidmatan Asuhan
I. Perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta586] termasuk:
i. Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan;
ii. Apa-apa perkhidmatan bagi pemeriksaan, diagnosis, atau rawatan seseorang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
iii. Apa-apa tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;
iv. Apa-apa perkhidmatan bagi maksudkesihatan pencegahan atau penggalakan;
v. Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;
vi. Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen;
vii. Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen
Bagi maksud butiran ini:
i. “Kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis,selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, seperti hospital swasta, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan dan klinik pergigian dan apa-apa premis jagaan kesihatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagikesihatan melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
ii. Untuk menduduki tanah bagi tujuan pertanian tidak termasuk pemberian apa-apa kepentingan atau hak ke atas tanah atau lesen untuk menduduki tanah setakat yang tanah itu digunakan untuk aktiviti memburu dan memancing;

Perkhidmatan Pengangkutan
Pengangkutan penumpang :
i. Mana-mana kenderaan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan termasuk bas tidak termasuk bas sewa; teksi tidak termasuk kereta sewa dan pandu; suatu syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1991 [Akta 463] untuk menyediakan perkhidmatan rel dan mana-mana kapal atau vesel yang dilesenkan sebagai kapal penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
Tol lebuh raya
Pemberian apa-apa hak untuk menggunakan lebuh raya bertol di jalan awam
Perkhidmatan pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat
Apa-apa pembekalan perkhidmatan dalam suatu pakej berhubung dengan upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan;
Program perancangan pra keperluan pengebumian iaitu penempahan kolumbarium atau plot tanah perkuburan.-mynewshub

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

(VIDEO) Kami Tahu Harga Minyak Naik, Tetapi Prank Ini Sangat Melampau


Seorang prankster, Roman Atwoo, pelawak kelahiran Amerika ini sangat dikenali kerana sering membuat video prank di tempat awam melalui rakaman kamera tersembunyinya.
Menerusi video yang dikongsikan, dia sedang berpura-pura mencuri petrol daripada beberapa buah kereta dengan menggunakan air sebagai pengganti ‘minyak petrol’ yang dicuri.
Tetapi malang buat beliau kerena kebanyakkan ‘mangsa’ yang terkena boleh dikatakan seakan bertukar menjadi ‘pemangsa’ pula.
Prank seperti ini seharusnya tidak dilakukan kerana gelagat mencuri ini sememangnya sangat dibenci oleh masyarakat, yelah siapa je yang suka pencuri kan?
Bagaimana jika prank tersebut berlaku di Malaysia, apa anda akan lakukan? Jom saksikan..
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Anggota Polis ‘Cantik’ Pula Jadi Viral


Semalam, Mynewshub.cc telah pun memberikan anda laporan berkenaan gambar seorang guru yang cun melecun dan memakai kebaya di sebuah sekolah rendah, hari ini kami berikan anda gambar seorang anggota polis pula.
Tidak diketahui pula, di dalam polis ada anggota secantik ini.
PolisLawa
Pastinya ramai anak-anak muda yang masih solo berlumba-lumba untuk menyertai anggota polis saat melihat gambar ini.
Kalau berminat sertai polis tak apa, jangan berangan pula kena berkas dengan anggota ini.
Comel pula bila anggota ini, duduk seperti itu pegang pistol pula.
Tidak diketahui sumber gambar ini datangnya dari mana tetapi ia telah pun meletup di internet kemungkinan kerana keayuan anggota berkenaan. - MYNEWSHUB

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PESONA KECANTIKAN SHIZUKA ‘DORAEMON’ DI DUNIA NYATA

Wanita yang bernama Nguyen My Huyen menjadi buah bibir di sosial media. Ramai yang terpukau dengan paras cantik gadis dari Vietnam ini yang lahir pada tahun 1996. 

Nama pelajar Newton (Ha Noi) ini jadi perbincangan hangat kerana sangat sesuai memegang watak Shizuka, dalam versi filem pendek Doraemon versi Vietnam. 

Ramai yang menyatakan Huyen adalah Shizuka kartun Doraemon versi dunia nyata. Huyen dinilai sangat sesuai memegang watak kartun Shizuka, yang dikenali sebagai wanita cantik yang lucu dan pintar.

Nguyễn Mỹ Huyền mengatakan sebelum dia menerima peranan Shizuka, dia berbincang tentang makna dan arti persahabatan dalam siri kartun Doraemon dan bagaimana cara menghantar mesej kepada penonton. Gadis cantik ini berkata: "Saya merasa begitu disanyai diantara teman-teman seperti Doraemon, Nobita, dan Shizuka itu indah"




-tabekpuang

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

5 GAMBAR MEREKA YANG KANTOI LAKUKAN PERKARA TIDAK SENONOH YANG DI AMBIL GOOGLE STREET VIEW

5 Aksi ngeseks di jalanan yang terekam Google Street View – Google Street View merupakan teknologi yang berbasis Google Maps dan Google Earth dan memperlihatkan pengguna Google pemandangan panorama dari berbagai posisi di banyak tempat atau kota di seluruh dunia.

0

Produk yang pertama ini dilancarkan Google pada tarikh 25 Mei 2007 silam denganmengambil contoh bandar dan daerah di seluruh Amerika Syarikatsetelah sebelumnya,pada tahun 2001menjadi projek rasmi dengan nama The Stanford CityBlock Project yangdihentikan pada tahun 2006.

Dari awal pelancaran sampai sekarangtelah ada berjuta-juta gambar-gambarpemandangan dari seluruh tempat-tempat di dunia yang boleh dilihat oleh seluruhpengguna Google di dunia tampa harus beranjak dari kerusi.

Namun dari pelbagai gambar-gambar tersebutada banyak juga kejadian atau detik-detikmenarik yang tidak sengaja ikut terakam, contohnya saja yang berbau pornografi dan aksiseks di pelbagai tempat.

Berikut adalah aksi seks yang dirakamkan kamera Google Street View dari pelbagai tempatdi seluruh dunia
.
1.Seks di jalan bebas Australia

1

2.Seks di jalanan Inggris
2

3

3.Seks di dalam kereta di Ceko
3

4
4.Seks di jalanan sepi di Inggris

5.Seks di taman di Portugal
5
-tabekpuang

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PANGGUNG WAYANG KHAS UNTUK TAYANGAN FILEM DEWASA DI PAKISTAN

Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.

Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.

Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.

Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.

Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam. 

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.




-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

KECANTIKAN PENYAMPAI TV KELIHATAN SEPERTI UMUR 20AN DI USIA SETENGAH ABAD

Penampilan dari wanita, seperti wajah dan tubuhnya biasanya menggambarkan berapa usianya. Namun perkara itu tak berlaku pada wanita yang berasal dari Australia bernama Elle Macpherson. Tidak percaya?

Elle Macpherson merupakan seorang ahli perniagaan Australia yang juga bekerja sebagai penyampai TV, model dan pelakon. Dengan kejayaan yang dia miliki itu, mungkin anda akan menyangka Elle adalah wanita yang berjaya di usia muda. Anda pasti tidak menyangka dan terkejut setelah mengetahui kalau usia Elle sudah 50 tahun.

Elle adalah seorang wanita yang lahir pada 20 Mac 1964, namun penampilannya masih awet muda, cantik, kulit halus, tubuh indah dan seksi layaknya seperti berumur 20 atau 30 tahun. Apa yang menjadikan Elle kelihatan sangat muda di usianya yang sudah mencapai setengah abad ini?

Elle Macpherson mengatakan bahawa salah satu kunci kecantikannya adalah ketawa. "Semasa kau ketawa, itu akan mengubah segalanya. Itu mengubah semangatmu dan pandangan orang terhadap kamu, "kata wanita ini.

Selain itu, untuk menjaga kecantikan kulitnya, Elle juga rajin menggunakan body scrub dan pelembab. Jadi kulit Elle tak akan cepat menua kerana sentiasa lembab. Tidur 8 jam juga menjadi perkara yang wajib dilakukan Elle Macpherson agar dirinya tetap kelihatan segar.

"Satu tips kecantikanku yang sering dianggap klise adalah minum air hingga 3 liter setiap hari," kata Elle. Perkara ini juga diimbangi dengan sukan non gym kegemarannya seperti berenang, lari, mendaki gunung dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin kelihatan awet muda seperti Elle Macpherson, maka anda boleh cuba hal-hal yang dilakukan oleh Elle di atas. Siapa tahu kaedah beliau berjaya, dan anda boleh kelihatan muda dan sentiasa sihat. -tabekpuang


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

SAAT TERAKHIR GADIS-GADIS CANTIK SEBELUM DI HUKUM BUNUH

Lihat, inilah saat-saat terakhir gadis ini sebelum menerima hukuman bunuh.Memang sedih tengok gadis-gadis cantik ini yang dihukum mati oleh polis di China. Mereka ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti merompak , penderaan , membunuh serta menyeludup dadah. Mereka telah diberi rupa tetapi gunakan dengan cara yang salah.Semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua...

Gambar2 sebelum meninggal dunia 










-tabekpuang

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story