5 Tempat Alternatif Untuk Carian Barangan IT Di Selangor



JIKA anda bertanyakan kepada ‘otai-otai’ mengenai lokasi terbaik untuk membeli barangan berkonsepkan IT, sudah semestinya Plaza Lowyat jadi pilihan mereka.
Plaza Low Yat bukan sahaja terkenal di kalangan warga kota yang menetap di Lembah Klang, malah penduduk di luar Selangor juga mengunjungi tempat ini bagi mendapatkan pelbagai barangan komputer dan gajet pada harga berpatutan.
Melalui pengalaman kami pula, ‘mencuci mata’ melihat peranti-peranti terbaharu daripada jenama-jenama besar merupakan perkara wajib sekiranya mengunjungi plaza terbabit.
Kami masih ingat, ketika di zaman belajar, aktiviti bersama rakan selepas menonton wayang di Time Square ialah mencuci mata di Low Yat, ini disebabkan kerana kami sudah pokai akibat berbelanja sakan di awal bulan.
Namun kebelakangan ini, kedengaran pelbagai berita kurang enak membabitkan nama plaza terbabit sehingga timbul khabar angin mengenai lambakan barangan tiruan dan ciplak dijual di sana.
Adakah perkara ini benar? Lihatlah insiden rusuhan baru-baru ini yang dikatakan berpunca daripada seorang pengguna yang berasa tertipu dengan gajet yang dibeli di sebuah premis di sana.
Terlalu banyak spekulasi yang muncul ditambah pula dengan maklumat kurang sahih daripada ‘wartawan-wartawan tidak bertauliah’ di laman-laman sosial.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, apakah tindakan anda sekiranya anda ingin mencari barangan IT selain di Plaza Lowyat?
Di sini kami senaraikan lima lokasi alternatif buat anda.
Digital Mall, Petaling Jaya
Digital Mall PJ
Buat anda yang menetap di kawasan Petaling Jaya, Digital Mall di Seksyen 14 pasti dijadikan pilihan kerana harga yang ditawarkan lebih kurang sahaja sahaja berbanding di Plaza Low Yat.
Di sini, anda dapat mencari kebanyakan produk berkaitan IT dan jenama-jenama yang berada di sini juga tidak jauh berbeza daripad Low Yat.
Cara mengenalnya mudah sahaja, iaitu dengan melihat pada rekaan berwarna-warni mozek dengan  paparan skrin TV besar memaparkan pelbagai iklan menarik.
IT Center, Plaza Alam Sentral
Plaza-Alam-Sentral
Buat anda yang berada di Shah Alam, kedai besar IT Center ini berada di tingkat 3, Plaza Alam Sentral.
Pusat IT Plaza Alam Central juga menjual barangan yang lebih kurang sama, cuma dengan skala lebih kecil.
Paling ketara bagi mereka yang kali pertama mengunjungi Pusat IT ini ialah deretan kedai menjual telefon bimbit dan komputer. Terdapat juga kedai-kedai menjual konsol permainan elektronik dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan komputer.
Pusat IT ini memberikan pilihan kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan elektronik tanpa perlu pergi lebih jauh.

All IT Hypermarket, Subang Avenue
1200px-subang-avenue
Buat penduduk Subang, anda boleh mengunjungi pasaraya Subang Avenue di SS 16 di mana cawangan ALL IT Hypermarket turut dijadikan tempat buat anda yang mengemari barangan berkonsepkan IT.
Segala barangan elektrik seperti komputer, speaker, peranti pintar, barangan sambungn dan pelbagai barangan lagi dapat diperolehi pada harga munasabah.
All IT hypermarket terletak di tingkat 3, Lot S3-15.

 Kedai Gajet Di Tingkat Atas, Sunway Piramid

1024px-Sunway_Pyramid_front
Berhampiran dengan Taman Tema Sunway Lagoon, tersergam pusat beli belah Sunway Pyramid, sebuah bangunan besar yang mudah dibezakan dengan kepala singa besar berdiri mengawal pintu masuk.
Anda hanya perlu mengunjungi tingkat atas di pusat beli belah terbabit di mana premis IGadget, Dynamic Computer Store, Cawangan HuaWei, HTC dan pelbagai lagi gedung-gedung barangan IT berada di sana.
Senang cerita jika anda ke sana, pastikan tidak mengikut nafsu kerana konsep barangan yang dipamerkan adalah seperti di Low Yat.

Direct D, Petaling Jaya
ddd
Gedung cawangan yang baru sahaja dilancarkan ini menghimpun pelbagai jenama-jenama peranti pintar dan dikatakan terbesar dalam Malaysia.
Jenama premium seperti Acer, Apple, Asus, HTC, Honor, Huawei, Intel dan pelbagai lagi jenama-jenama yang lain yang dikatakan tidak berada di Low Yat, terdapat di gedung ini.
Ruang yang luas dan selesa juga pasti membuatkan anda tidak keruan ketika melihat kepelbagaian jenama yang terdapat di sana.
Lokasi gedung ini hanyalah bersebelahan dengan Lebuhraya Federal di Petaling Jaya, di buka dari 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story