Seorang Doktor Bergambar Dengan Wanita Sedang Bersalin Dikenalpasti


Tindakan seorang doktor yang mengambil gambar dirinya sehingga menampakkan kemaluan seorang pesakit wanita di sebuah hospital mendapat kecaman di laman sosial.

IDENTITI doktor wanita yang bergambar dengan berlatarbelakangkan seorang pesakit sedang bersalin hingga menampakkan bahagian sulit wanita berkenaan telah berjaya dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Johor.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat.
Memetik laporan The Star, Datuk Ayub berkata, “Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini.”
Susulan insiden ini yang dianggap melanggar etika profesional seorang pengamal perubatan, beliau mengingatkan supaya mereka tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Doktor wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu dikritik hebat netizen kerana perbuatannya yang tidak menghormati pesakit.
Wanita itu juga difahamkam memang suka mengambil gambar ketika sedang bekerja di dewan bedah. – MYNEWSHUB.CC
Doctors Take Selfie With Woman’s Vagina (Photo)


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story