Adik Jual Nasi Lemak Dapat Tapak Niaga Percuma

Adik Jual Nasi Lemak Dapat Tapak Niaga Percuma

SEJAK  kisah peniaga ‘nasi lemak anak dara’ menjadi sensasi internet, kini semakin ramai netizen yang makin prihatin berkongsikan kisah-kisah masyarakat menerusi media sosial.

Perkara ini adalah sangat baik kerana ia mungkin secara tidak langsung dapat membuatkan orang ramai ‘membuka mata’ demi meringankan bebanan kehidupan yang dihadapi penjual terbabit.
Kali ini kisah mengenai seorang adik yang menjaja nasi lemak di sebuah bank di Ampang, Selangor yang viral sebelum ini, turut menerima khabar gembira selepas gambarnya itu tersebar di media sosial.
Khabarnya, dia sering pulang awal ke rumah kerana nasi lemak yang dijual habis diborong orang ramai.
Bukan itu sahaja,  malah pihak badan bukan kerajaan (NGO) Hijrah Selangor turut bertemu adik ni dan memberikan tapak serta khemah percuma kepadanya.
gambo2
Tapak niaga yang dimaksudkan adalah di Pasar Bandar Baru Ampang, jadi dapatlah adik ini berniaga di kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan mudah-mudahan hasil perniagaannya akan turut bertambah.
Jika anda terjumpa atau ternampak gerai adik ni, jangan lupa singah ya. Khabarnya nasi lemak yang dijual memang ‘power‘.
Sebelum ini, gambar adik tersebut sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual mendapat perhatian dan ramai netizen menzahirkan rasa terharu dengan kecekalannya mencari rezeki meringankan beban keluarga.-MYNEWSHUB.CC



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story