Bubar, serta merta!


Agak lama sebenarnya isu royalti ini membelenggu industri muzik tempatan. Bukan setahun dua, namun kemelut tersebut sebenarnya sudah menjangkau usia 15 tahun.

Biarpun pelbagai usaha dilakukan, ia seakan berakhir dengan sia-sia. Tiada kata sepakat yang dapat diikat bersama sehingga satu ketika, ada yang terfikir biar sahaja masalah ini terkubur sama dengan industri tempatan.

Isu utamanya kewujudan dua buah syarikat kutipan royalti yang mengelirukan pelbagai pihak. Yang menjadi mangsa? Pastinya golongan artis yang diibaratkan ‘mengemis’ duit royalti biarpun itu sebenarnya hak mereka.

Tekad mahukan perubahan, perjumpaan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi sinar baharu meranapkan polemik yang telah lama ‘membusuk’ dalam industri seni tanah air.

Ketegasan itu disuarakan oleh Hamzah sendiri yang jelas kecewa dengan kemelut tersebut. Malah, daripada nada ucapannya, jelas kekesalan timbul di lubuk hatinya apabila tidak ramai artis sanggup turun padang menyelesaikan isu ini.

“Saya hadir untuk selesaikan masalah ini, namun apa yang saya lihat, kehadirannya agak mengecewakan. Walaupun perjumpaan ini adalah untuk mengubah nasib anak seni, namun ternyata, mereka sebenarnya tidak ambil peduli pun.

“Apa guna mencanang kempen solidariti, tapi apa yang saya nampak depan mata langsung tidak menggambarkan maksud perkataan itu? Tetapi tidak mengapa, kita akan tetap selesaikan masalah ini,” katanya, memberikan keyakinan dan janji untuk ditepati.

Perjumpaan selama kira-kira dua jam itu akhirnya memperlihat jalan keluar. Penyelesaiannya mudah, batalkan semua lesen syarikat pengutip royalti sebelum ini dan mewujudkan satu syarikat baharu yang akan bertindak mewakili semua penggiat seni tidak kira komposer, penyanyi dan ahli muzik.

Cadangan tersebut disuarakan Hamzah dan diterima sebulat suara oleh penggiat seni yang hadir. Syarikat tersebut yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat itu juga memberi sinar harapan baharu kepada semua penggiat seni.

Malah, dengan penubuhan syarikat itu, semua syarikat sedia ada seperti Recording Performers Malaysia Bhd. (RPM), PRISM Sdn. Bhd., Music Authors’ Copyright Protection (MACP) dan Public Performance Malaysia (PPM), akan dibubarkan. Serta-merta!

“Apabila syarikat baharu itu ditubuhkan, semua badan yang selama ini bertindak mengutip royalti akan dibubarkan, serta-merta. Oleh itu, kita perlu adakan perbincangan secepat mungkin bagi mencari formula terbaik menyelesaikan masalah itu.

“Malah kita juga akan memberi tempoh kepada semua syarikat tersebut untuk menyelesaikan bayaran royalti kepada ahli supaya tidak ada yang akan terkeliru nanti. Kita mahu bermula kembali.

“Malah, satu garis panduan juga akan dikeluarkan. Saya harap dengan keputusan ini, masalah ini tidak akan berlaku lagi dan semua kemelut dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez meluahkan rasa syukur kerana akhirnya kemelut yang selama ini diperjuangkan menemui jalan penyelesaian.

Menyifatkan keputusan itu satu langkah yang adil dalam membantu anak seni mendapat royalti mereka, Freddie juga akan turut serta dalam perbincangan untuk penubuhan syarikat baharu itu.

“Kalau diikutkan, sekiranya masalah ini diselesaikan, jumlah kutipan yang bakal diperoleh adalah lebih RM5 juta ringgit. Itu pastinya akan memberi keuntungan kepada para artis, komposer dan pemuzik yang selama ini bertungkus lumus membangunkan industri.

“Kita harus terus memperjuangkan nasib anak seni. Ini adalah permulaan baharu bagi kita semua,” katanya.

Hamzah Zainudin telah memberi harapan baharu kepada karyawan seni
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk M.Nasir serius menyokong usaha ke arah memperkasa masa depan
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez
HANYA sebahagian kecil daripada ribuan artis yang hadir.
DALAM kemelut masalah kesihatan, Yazid Search hadir untuk menyokong
MANA pergi artis-artis muda? Persoalan ini antara yang menjadi

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story