Jatuh Eskalator: Mangsa Tunjuk Reaksi Positif

Jatuh Eskalator: Mangsa Tunjuk Reaksi Positif

KANAK-kanak perempuan yang terjatuh dari eskalator di sebuah kompleks beli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang, Ahad lalu sudah menunjukkan reaksi positif selepas lima hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa tidak lagi menggunakan mesin bantuan pernafasan namun masih tidak sedarkan diri.
Menurutnya, mangsa yang retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak itu sudah mula menunjukkan tindak balas positif.Jatuh Eskalator: Mangsa Tunjuk Reaksi Positif
Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, 2 tahun, cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian tiga meter dalam kompleks berkenaan ketika bersama keluarganya menaiki eskalator.
Dalam kejadian jam 6.40 petang itu, mangsa dipercayai didukung oleh bapanya di bahu sebelum terjatuh dari eskalator di tingkat satu kompleks beli-belah terbabit.
Bapa mangsa pada ketika itu dikatakan panik kerana tunduk untuk menarik tangan anak lelaki yang tersepit namun dalam keadaan kelam kabut itu, mangsa yang berada di bahu terlepas daripada pegangan dan tercampak di ke aras bawah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story