Lady Gaga Dirakam Beli Album Sendiri

Lady Gaga Dirakam Beli Album Sendiri
Album terbaharu Lady Gaga bertajuk Joanne secara rasminya sudah berada di pasaran sejak beberapa minggu lalu.
Namun apa yang mencajadi bualan hangata baru-baru ini, kerana tersebarnya sebuah video yang menunjukan Gaga membeli albumnya sendiri di sebuah pasaraya di Amerika Syarikat.
Laporan NME menyebut, beberapa hari lalu, seorang peminat berjaya merakamkan video Gaga sedang membeli tiga keping CD-nya dan DVD siri akhir American Horror Story yang menampilkan dirinya, di Wallmart.
Sehari sebelum ity, Gaga pergi ke sebuah kedai muzik dan meluangkan masa menandatangani sendiri 62 keping CD Deluxe Edition untuk para peminatnya yang sedang membeli album Joanne.
Sebelumnya, dilaporkan Gaga juga tampil dalam ‘Carpool Karaoke’ yang dipandu oleh James Corden membawakan lagu ‘Bad Romance’.
Pelantun Bad Romance ini nampaknya memang bekerja keras untuk mempromosikan albumnya.
Joanne dilancarkan 21 Oktober lalu. Namun, beberapa single yang dimuatkan dalam album tersebut seperti Perfect Illusions dan Million Reasons, dikatakan kurang menyengat sekaligus gagal meraih kedudukan teratas carta-carta muzik. – malaysiandigest.com



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story