Soket Pernah Terbakar 15 Oktober lalu Akibat Litar Pintas..

Soket ICU HSA Pernah Terbakar 15 Oktober Akibat Litar Pintas

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesahkan pernah berlaku litar pintas pada satu daripada soket di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada 15 Oktober lalu.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku 10 hari sebelum insiden wad berkenaan langsung terbakar, kelmarin dalam skala yang amat besar sehingga menyaksikan enam pesakit meninggal dunia akibat lemas terhidu asap tebal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata,  pihak bomba juga sudah memaklumkan kepada pihak hospital untuk merujuk kejadian itu ke bahagian kejuruteraan bagi membuat penilaian semula.
“Berdasarkan rekod memang ada berlakunya kejadian litar pintas pada salah satu soket di wad ICU HSA pada 15 Oktober lalu namun ia adalah kebakaran kecil dan ia dipadamkan sendiri oleh kakitangan hospital berkenaan.
“Apabila pasukan bomba tiba, api tersebut sudah pun dipadamkan dan kita sudah membuat penilaian semula setelah berpuas hati melihat keadaan tiada api lagi, sebelum kita memutuskan ia selamat,” katanya.
Ibrahim menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebakaran di bangunan induk HSA di sini, hari ini.
“Kita sudah pun memaklumkan supaya pihak hospital merujuk Bahagian Kejuruteraan hospital untuk tindakan selanjutnya kerana ia di luar bidang kuasa bomba,” katanya
Beliau berkata, selepas kejadian 15 Oktober lalu, pihaknya sudah memberi pandangan kepada pihak hospital untuk mengambil tindakan susulan.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story