Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Ini Viral

Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Buah Ini Viral

SATU rakaman video yang dikongsi menerusi laman Facebook Metafora Anafora memaparkan seorang lelaki yang dikatakan memiliki raut wajah iras pelakon dan pelawak tanah air iaitu Johan Raja Lawak.

Individu berkenaan merupakan seorang penjual jus buah-buahan dikenali sebagai Awie berdasarkan nama yang tertera pada banner yang terdapat di belakangnya.
Jika dilihat sekali imbas, memang wajah Awie saling tidak tumpah macam Johan. Malah senyumannya juga seakan-akan sama.
Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Buah Ini Viral
Wajah Iras Johan Raja Lawak, Penjual Jus Buah Ini Viral
Video yang tersebar itu dirakam oleh seorang wanita yang kebetulan berhenti untuk singgah di gerai milik Awie untuk membeli jus buah-buahannya.
Menerusi video itu, pelanggan wanita tersebut sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Awie sama ada dia mempunyai pertalian persaudaraan dengan pelawak tersebut.
Namun Awie menjawab bahawa mereka tiada sebarang pertalian persaudaraan tetapi mengiyakan dia adalah salah seorang daripada peminat Johan.
“Abang memang tak ada saudara dengan Johan ke?,” tanya wanita tersebut.
“Oi takde. Kalau peminat Johan aku cakap yer… Ai yer pulak,” balas Awie sambil ketawa.
Menurut seorang pengguna Facebook iaitu Rahimah Mohd Yusof, kelibat Awie sering dilihatnya menjual air di sekitar tapak pasar malam Taman Sri Manja dan Taman Medan.
Manakala Ziana Ana pula berkata,”Apa tak kenalnya jual jus buah-buahan kat pasar malam.”
Video itu telah ditonton lebih 8.5 ribu pengguna Facebook sejak dimuat naik semalam. – MYNEWSHUB.CC



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story