11 Ekor Gajah Putih Beri Penghormatan Terakhir

11 Ekor Gajah Putih Beri Penghormatan Terakhir

BANGKOK – Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di hadapan Istana Besar di sini hari ini.

Diiringi oleh kira-kira 200 mahout (pelatih gajah) dan pengendali, gajah putih bergading panjang yang dihiasi dengan pakaian istiadat, berarak dari Kementerian Pertahanan ke pintu istana sambil disaksikan oleh ribuan rakyat Thailand yang berkabung atas kemangkatan raja mereka.
Gajah putih yang dipilih khas dari Ayutthaya Elephant Palace dan Royal Krall itu kemudian berbaris di hadapan potret mendiang Raja Bhumibol dan berlutut ketika pelatih dan pengendali haiwan itu menyanyikan lagu kebangsaan diraja “Sansoen Phra Barami.’
Rakyat yang berada di sekitar kawasan itu, turut menyanyikan lagu itu di hadapan Istana Besar, tempat jasad mendiang diletakkan untuk rakyat memberi penghormatan.
Gajah putih, dianggap suci dalam masyarakat Thai juga memberi penghormatan kepada Patung Gajah Merah Jambu di Sanam Luang yang berhampiran dan menampilkan aksi khas untuk rakyat yang berkabung sebelum dibawa balik ke Ayutthaya.
thai
Selepas bersemayam selama 70 tahun dan diiktiraf sebagai raja paling lama menduduki takhta di dunia, Raja Bhumibol mangkat pada 13 Okt di Hospital Siriraj di Bangkok setelah gering selama beberapa tahun.
Mendiang berusia 89 tahun. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story