5 Hari Tayangan, Rock Bro Berjaya Kutip RM1.5 Juta

Baru 5 Hari Tayang, Rock Bro Berjaya Kutip RM1.5 Juta

DI sebalik kelembapan jualan tiket filem tempatan, filem terbaharu karya pengarah Mamat Khalid berjaya mengutip sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh masa lima hari sahaja!

Menurut Mamat, kejayaan itu merupakan satu pencapaian berganda buat seluruh krew produksi yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut.
Rock Bro merupakan prequel kepada dua filem terdahulu iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).

Baru 5 Hari Tayang, Rock Bro Berjaya Kutip RM1.5 Juta
PENGARAH ROCK BRO, MAMAT KHALID.

“Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ia ditayangkan lebih awal dari tarikh asalnya iaitu pada 27 Oktober lalu. Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu dari 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati,” katanya dipetik Berita Harian Online.
Rock Bro yang merupakan filem pengakhiran mengenai perjalanan kumpulan rock Rimba Bara menampilkan barisan pelakon handalan seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim Sofi Jikan dan Datuk Hattan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story