Abang Bomba Bantu Angkat Kereta OKU Tersangkut

Abang Bomba Bantu Angkat Kereta OKU Tersangkut

KUCHING  – Anggota bomba dan penyelamat Sarawak mengangkat Perodua Kenari dipandu lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang tersangkut pada pembahagi jalan di Jalan Stutong di sini.

Menurut media tempatan, usaha murni pasukan berkenaan dilakukan selepas tiada pengguna jalan raya sanggup berhenti untuk membantu mangsa dalam kejadian yang berlaku pada lewat Rabu lalu.
Pemandu OKU tersebut, Duin Kuni berkata, sebelum diselamatkan, dia terpaksa menunggu lebih sejam di sisi Perodua Kenari itu namun tiada siapa yang sudi berhenti untuk membantu dirinya.
Warga emas yang berusia 51 tahun itu kemudiannya tidak berputus asa serta menghubungi talian kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan di sini untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.
oku1
oku2
oku3
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, tujuh anggota balai bomba tersebut bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 petang.
“Kami mendapati Perodua Kenari itu tersangkut di atas pembahagi jalan di depan jalan masuk ke Hospital KPJ. Kami kemudian bantu mengalihkan kereta lelaki itu sebelum dia meneruskan perjalanan.
“Pemandu tersebut akhirnya selamat pulang ke rumahnya di Kota Samarahan. Lelaki itu memaklumkan dia sudah lama menunggu di tepi jalan tetapi tiada siapa yang berhenti untuk hulur bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, berita insiden unik itu turut mendapat perhatian luas netizen di negeri tersebut yang kecewa dengan sikap masyarakat namun bersyukur dengan pihak bomba sedia membantu mangsa. – Agensi/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story