Anak Muntah Pada Beg LV, Wanita Diminta Ganti Baru

Anak Muntah Pada Beg LV, Wanita Diminta Ganti Baru

SEORANG ibu kini dalam dilema kerana terpaksa membayar sebanyak RM4,700 bagi menggantikan beg tangan jenama Louis Vuitton, selepas ia terkena muntah anak lelakinya ketika dalam pesawat.
Wanita itu memuatkan dilemanya itu dalam forum Mumsnet bagi meminta pandangan ramai.
Dengan menggunakan nama incognitoforonenight, wanita itu berkata beg berkenaan tidak mengalami kerosakan namun bau muntah anaknya masih boleh dihidu.
Ketika menceritakan mengenai kejadian berkenaan, si ibu memberitahu perjalanan yang jauh dan panjang dalam pesawat telah menyebabkan anaknya tidak sihat.
“Wanita di belakang saya memberitahu” harap anak awak okey tetapi dia telah muntah di atas beg tangan saya.
“Kami kemudiannya meminta maaf tetapi dia memberitahu bahawa beg tangan itu adalah mahal dan kami perlu menggunakan insurans untuk membolehkan ia dibaiki atau dicuci,” katanya.
Selepas penerbangan itu mendarat, keluarga berkenaan kemudiannya menerima emel daripada wanita terbabit yang menyatakan bau muntah itu masih kekal pada beg Louis Vuitton tersebut dan meminta si ibu itu menggantikan beg baru.
Ternyata dilema yang dialami oleh wanita terbabit telah mendapat perhatian dengan ramai yang memberikan pelbagai nasihat.
Ada yang memintanya menyelesaikan masalah itu sendiri dan tidak kurang pula yang mencadangkannya supaya mengabaikan permintaan wanita terbabit untuk menggantikan beg tangan yang baru. – Mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story