Bank Tesco: 20,000 Pemilik Akaun Kehilangan Wang

Bank Tesco: 20,000 Pemilik Akaun Kehilangan Wang

TESCO Bank di United Kingdom menghentikan urus niaga dalam talian untuk pelanggan selepas 20,000 buah akaun semasa dipercayai telah mengalami kehilangan wang, menurut laporan akhbar The Guardian.

Ketua Eksekutif institusi perbankan tersebut, Benny Higgins, memberitahu BBC beliau “amat berharap” agar para pelanggan akan dibayar balik dalam tempoh 24 jam.
Kira-kira 40,000 akaun didapati melakukan urus niaga yang mencurigakan pada hujung minggu lalu, di mana separuh daripada jumlah wang di dalam akaun-akaun itu telah diambil, katanya.
Salah satu punca boleh dipertimbangkan adalah peruncit pihak ketiga, kata bank itu.
Selain itu, terdapat kemungkinan sistem perbankan dalam talian Bank Tesco itu telah digodam.
Menurut salah seorang pelanggan, sejumlah wang tunai telah dikeluarkan dari akaun dalam empat transaksi berasingan, dan kesemuanya didapati dilakukan dari Rio de Janeiro, Brazil.
Namun, pelanggan masih dapat menggunakan kad mereka untuk pengeluaran tunai, pembayaran cip dan pin, serta pembayaran bil.
Mereka juga boleh menggunakan perbankan dalam talian, tetapi tidak boleh membuat transaksi dalam talian sehingga keadaan kembali terkawal, kata Higgins kepada program TV Today.
Sebelum ini, bank itu mengesahkan beberapa akaun “telah terdedah kepada aktiviti jenayah dalam talian, dan terdapat beberapa kes yang melibatkan wang yang dikeluarkan tanpa kebenaran.”
Higgins turut memohon maaf atas “kebimbangan dan kesulitan” yang telah dihadapi pelanggan.
Pada hujung minggu lalu, pelanggan merungut tentang pengeluaran wang tanpa kebenaran, sekatan kad dan penangguhan yang lama untuk menghubungi pihak bank melalui telefon.
“Kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengawal selia untuk menangani insiden penipuan ini dan akan memastikan pelanggan kami dimaklumkan melalui kemas kini yang teratur menerusi laman web kami, Twitter, dan komunikasi secara langsung,” kata Higgins lagi.
Sementara itu, saham dalam kumpulan Tesco telah jatuh lebih daripada 2% pada awal dagangan selepas insiden pengeluaran tanpa kebenaran ini. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story