Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas

Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemui selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kanak-kanak itu ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 petang semalam dalam keadaan lemah.
Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor, tiada sebarang kecederaan ditemui pada Noor Ayrill Aqasha.
“Kanak-kanak itu masih belum mahu menceritakan di mana dan dengan siapa dia pergi sepanjang kehilangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Okt lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.
Kehilangan Noor Ayrill tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.
Sementara itu, Siti Rohayu Yaakob, 37, ibu kepada Noor Ayrill Aqasha, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari dan mendoakan keselamatan anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Saya bersyukur anak sudah ditemui… terima kasih kepada Mael(Mohd Ismail) yang menemui dan memberitahu kami,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story