Damia = ‘Tempat Keluar Darah’? – Surat Mufti Viral

Damia = 'Tempat Keluar Darah'? - Surat Mufti Viral

KEGHAIRAHAN ibu bapa yang meletakkan nama anak perempuan sebagai ‘Damia’, kini dilanda kebimbangan dan kemusykilan mengenai maksud nama itu.

Ini berikutan, satu surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang menyatakan nama ‘Damia’ bermaksud kurang baik, tersebar menjadi viral.
Damia = 'Tempat Keluar Darah'? - Surat Mufti Viral
Dalam surat bertarikh 7 November itu menyatakan, seorang penjaga telah datang ke jabatan itu untuk membuat pertukaran nama anaknya ‘Nur Damia Safiyya’ kepada ‘Putri Nur Saffiya’.
Menurut surat itu, pertukaran nama ini dibuat bagi mengelakkan fitnah dan kekeliruan kerana ‘Damia’ bermaksud kurang baik iaitu ‘Tempat Keluarnya Darah’.
Justeru, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor mengeluarkan surat berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi menyokong pemohonan penjaga tersebut yang mahu membuat pertukaran nama anaknya.
Susulan surat viral itu, netizen menzahirkan kebimbangan sama ada perlu menukar nama berkenaan atau tidak.
Dalam pada itu, ada ibu bapa yang menafikan nama Damia bermaksud kurang baik. Ini kerana menurut mereka nama itu bermaksud ‘bijaksana’ seperti mana yang terdapat dalam buku maksud nama-nama anak.
Nama Damia merupakan antara nama yang popular dan menjadi pilihan ramai bakal ibu bapa masa kini. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story