Enggan Hadir Perbicaraan Selepas Gambar Tersebar

Model

SEORANG model yang juga kekasih kepada pemimpin pembangkang yang mati dibunuh di Rusia, Anna Duritskaya enggan memberikan keterangan di mahkamah susulan perbicaraan kes bunuh teman lelakinya itu selepas gambar `erotik’ Anna telah ditemui oleh polis di rumahnya.
Anna, yang kini telah kembali ke kampungnya di Ukraine, masih trauma dengan pembunuhan kekasihnya, Boris Nemtsov yang ditembak mati di Kremlin, kira-kira 21 bulan lalu.
Dia sebelum ini telah memberikan keterangan dalam siasatan polis dan kemudiannya dibenarkan pulang ke Ukraine.
Namun Anna kini dilaporkan telah menolak cubaan memanggilnya bagi memberikan keterangan di mahkamah Moscow.
Memandangkan Anna telah kembali ke negara kelahirannya maka dia tidak boleh dipaksa untuk memberikan keterangan.
Keengganannya itu adalah susulan kepada penemuan gambar-gambar yang memaparkan Anna memakai pakaian dalam. Gambar itu turut diterbitkan oleh sebuah laman web pro-kerajaan Rusia, Life.ru, yang melabelkannya sebagai `panas’ dan `erotik’.
Selain itu, Anna juga berdepan dengan tindakan media Moscow yang cuba mengaitkannya dengan kematian Boris meskipun pendakwaraya tidak menamakan Anna sebagai suspek sebaliknya hanya melabel Anna dan Boris sebagai sedang bercinta.
anna
Malah terdapat tuduhan bahawa Anna merupakan seorang ajen dari Ukraine namun tiada bukti yang boleh mengaitkannya dengan tuduhan terbabit.
Minggu lepas, ibu Anna memberitahu media bahawa anaknya itu tidak akan ke Rusia lagi susulan kebimbangan terhadap keselamatannya. Sementara Anna pula enggan lagi bercakap mengenai kematian Boris.
Dalam pada itu, Life.ru mendakwa Anna menjadi gila dan boleh menjadi histeria sekiranya menyaksikan barang-barang milik Boris. Dakwaan berkenaan bagaimanapun disanggah oleh keluarga Anna.
Perbicaraan kes bunuh Boris akan bermula di Moscow tidak lama lagi dengan lima orang, semuanya dari Chechnya, akan dibicarakan selepas didakwa terlibat dalam kes terbabit. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story