Gempa Bumi: Rakyat M’sia Di New Zealand Harus Waspada

Gempa Bumi: Rakyat M'sia Di New Zealand Harus Waspada

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan rakyat Malaysia di New Zealand supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington jika mereka terjejas akibat gempa bumi semalam.

Dalam satu kenyataan di laman akaun Facebook rasmi beliau, Najib berkata Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan itu walaupun tiada laporan rakyat Malaysia menjadi korban setakat ini.
“Amaran tsunami sudah dikeluarkan setakat ini tetapi setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia yang terkorban. Bagaimanapun, Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.
Tolong berwaspada dan hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di talian +64-4-3852439 atau +64210440188 jika anda memerlukan bantuan atau pertanyaan lanjut,” kata beliau.
Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada rakyat New Zealand, terutama kepada keluarga dan mangsa tragedi itu.
Semalam, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.8 melanda Pulau Selatan New Zealand, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.
Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ancaman-Tsunami dan setiap orang di pantai timur negara itu diarahkan menuju ke kawasan dalam atau tanah tinggi pulau berkenaan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story