Harga Minyak Naik Atau Turun Kerana Faktor Global – PAS

Harga Minyak Naik Atau Turun Kerana Faktor Global - PAS

KUALA LUMPUR – PAS membidas pihak pihak yang terlupa untuk mengupas tentang fakta sebenar mengenai kenaikan harga minyak kerana terlalu ghairah mahu menunjukkan kononnya mereka cakna dan prihatin berhubung masalah rakyat.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, golongan tersebut terlupa bahawa sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi memantau dan mengawal harga bahan api di Malaysia sejak tahun 1983 telah pun berubah.
Jelasnya, harga minyak untuk Malaysia kini disandarkan kepada harga Mean of Platts Singapore (MOPS) kerana Singapura merupakan pembekal terbesar untuk produk petroleum yang telah diproses di kawasan Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia.
“Hakikatnya ialah tiada siapa yang mampu menjamin harga minyak pasaran akan tetap kekal pada paras yang sama pada sepanjang masa kerana harga akan sentiasa berubah sama ada naik atau turun!
“Malaysia tidak terlepas dalam hal ini disebabkan ekonomi kita turut juga berkait dengan ekonomi global semasa yang bergantung kepada hal-hal semasa seperti perkembangan ekonomi di China, kuota pengeluaran minyak oleh negara-negara OPEC, kebergantungan bekalan import Amerika Syarikat, penemuan-penemuan telaga simpanan minyak dan lain-lain lagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairil Nizam bagaimanapun berkata, kesemua faktor-faktor itu sepatutnya telah diambil kira oleh pakar ekonomi negara dan kerajaan dan untuk merangka strategi yang khusus dalam mengurangkan kesan langsung kepada majoriti kehidupan seharian rakyat.
Katanya, yang lebih membimbangkan apabila tercetusnya keadaan panik dalam kalangan rakyat kesan daripada harga minyak yang tidak menentu yang membawa kepada kenaikan kos barang dan perkhidmatan yang melambung tinggi.
Tambahnya, penjual dan pemborong pula terpaksa meminimakan risiko sekiranya kenaikan harga minyak berlaku secara mendadak.meletakkan harga yang tinggi dalam julat harga barang atau perkhidmatan yang mereka tawarkan agar mereka tidak perlu melakukan perubahan yang terlalu banyak. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story