Husni Enggan Ulas Dakwaan Skandal, Salah Laku S3ks

Husni Enggan Ulas Dakwaan Skandal, Salah Laku Seks

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan mengulas dakwaan skandal seks yang dibangkitkan pengendali blog popular Raja Petra Kamaruddin minggu lalu.

“Sudahlah.. Tak mahu, tak mahu. Tak payah ceritalah mengenai tuduhan skandal,” kata bekas menteri kewangan II seperti dilapor Utusan Online.
Menerusi Malaysia Today pada 26 Oktober lalu, Raja Petra mengkritik ahli parlimen Tambun yang didakwa tidak mengenang budi apabila menyerang perdana menteri berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tambah penulis blog itu, Ahmad Husni tidak wajar menyerang Datuk Seri Najib Razak kerana presiden UMNO telah menyelamatkan Husni daripada tuduhan skandal dan salah laku seksnya.
Salah laku itu didakwa melibat beberapa wanita di pejabatnya dan juga seorang wanita di kawasan parlimennya.
Ahmad Husni disiasat berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkaitan 1MDB ketika berucap di Dewan Rakyat minggu lalu. – Themalaymailonline.com




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story