Ibu, Bapa Tiri, Bapa Saudara Didakwa Bunuh Anak OKU

Ibu, Bapa Tiri, Bapa Saudara Didakwa Bunuh Anak OKU

MERSING – Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya di rumah pasangan itu, di sini antara 18 dan 19 Oktober lalu.

Roshimah Abdullah, 27; Mohd Sapawi Ab Talib, 27; dan Shukur Ab Talib, 31; didakwa membunuh kanak-kanak kurang upaya, Mohamad Roshamnudin Abdullah, 11, pada 8.30 malam (18 Oktober) hingga 4.30 petang (19 Oktober) di rumah pasangan itu di Kampung Bukit Tekedai, Endau, dekat sini.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit ke­salahan.
Mohamad Roshamnudin merupakan anak kandung kepada Roshimah daripada perkahwinan lalu dan Mohd Sapawi, yang bekerja sebagai pemotong rumput merupakan bapa tiri kepada Mohamad Roshamnudin.
Ketiga-tiga tertuduh, yang tidak diwakili peguam itu, mengangguk faham bila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mazana kemudiannya menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan DNA, kimia dan forensik.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin.
Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Roshamnudin didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya.
Bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya itu, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story