Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

adam_rosly

PEMIMPIN Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menuntut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menjelaskan bagaimana mampu beli sebuah kediaman mewah pada usia muda.

Jamal telah menjemput beberapa orang ahli media terpilih untuk menaiki helikopter, ihsan daripada salah seorang rakannya, untuk meninjau sebuah rumah banglo yang dikatakan bernilai RM7 juta milik Adam itu.
Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin muda PKR berusia 28 tahun itu telah mengumpulkan ‘kekayaan’ seperti rumah banglo, berbelas-belas buah kereta bernilai berjuta-juta ringgit.
“Di sini saya mahu jelaskan bahawa saya bukan tuduh, tetapi hanya mahu Adam jawab dari mana sumber kekayaan luar biasa beliau,” kata Jamal semasa sidang akhbar bertempat di luar rumah berkenaan.

Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo Mewah
MAHLIGAI ALA ISTANA MILIK ADAM DII AMPANG. SUMBER FOTO: THE STAR ONLINE.

Mahligai dua tingkat setengah yang dibina dengan gaya ala istana lengkap dengan menara itu terletak di tengah-tengah bandar Ampang yang sekitarnya penuh kawasan perumahan dan kampung rakyat miskin.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo juga menunjukkan bahawa rumah itu nampaknya juga tidak mempunyai meter air atau elektrik.
Menurut seorang penduduk yang tinggal berhampiran, Adam berpindah ke rumah itu bersama keluarganya pada bulan September lalu.
Sebelum ini, rumah tersebut merupakan projek terbengkalai serta hanya diubah suai dan dicat baru-baru ini.
Ismail turut membuat aduan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Ampang pada jam 4 petang, Selasa, susulan kekayaan mencurigakan milik Adam itu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story