Lelaki Hilang Ditemui Mati Digigit Buaya

Lelaki Hilang Ditemui Mati Digigit Buaya

MUKAH – Lelaki yang hilang ketika menjala udang di Sungai Batang Oya, Dalat di sini, ditemui meninggal dunia dengan kesan gigitan buaya di bahu dan dadanya, jam 7.45 malam kelmarin.

Mayat Sili Ismail, 60, dari Kampung Bakong, Oya ditemui penduduk kampung tidak jauh dari lokasi perahunya dijumpai.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Dalat untuk bedah siasat.
“Siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat dibaham buaya hasil penemuan kesan gigitan reptilia terbabit di badannya.
“Selepas selesai bedah siasat, mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya di Kampung Bakong Oya,” katanya kepada Metro Ahad, semalam. – myMetro Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story