Lelaki Parah Ditetak Di Butterworth

untitled-1

BUTTERWORTH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai permainan simulator di Jalan Kampung Paya, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu dilapor ditetak dengan parang oleh empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi ketika dia bersama rakannya keluar daripada kedai permainan simulator itu pada pukul 4.30 pagi.
Menurut sumber, lelaki yang cedera parah di tangan dan kaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya dilapor stabil.
Polis telah mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di hadapan kedai simulator itu bagi membantu siasatan, katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP, Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story