Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

TANGKAK – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.
Beliau berkata saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.
Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.
“Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan…ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Mohad Idris berkata mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
Beliau berkata seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story