Pakatan Harapan:- Pertikai Manfaat Projek ECRL

Pakatan Harapan Pertikai Manfaat Projek ECRL

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bagi membidas pelaksanaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Kuala Lumpur-Tumpat.

Pakatan Harapan dalam kenyataan mendakwa projek itu yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat terutama penduduk di pantai timur itu kononnya untuk menutup hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gabungan parti pembangkang yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) itu membuat dakwaan somborono tertsebut hanya berdasarkan tuduhan yang dilemparkan oleh media asing iaitu Sarawak Report.
“Paling membimbangkan ialah kos sebanyak RM55 bilion yang disebut adalah terlalu tinggi, apatah lagi berikutan dakwaan bahawa kos projek ini dinaikkan untuk menutup hutang 1MDB,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Ahli Parlimen Pandan yang juga pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming.
Pakatan Harapan turut mempertikaikan sama ada projek itu akan melibatkan pengunaan tenaga kerja dan kontraktor sepenuhnya dari China, penggunaan material sebanyak mungkin dari China dan melibatkan teknologi dan khidmat sokongan di masa hadapan yang sepenuhnya dari China.
Justeru, Pakatan Harapan mendakwa akan menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan satu ‘pre-feasibility study’ (PFS) untuk dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh 30 hari dari sekarang.
“Kajian-kajian ini melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat,” dakwa mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini me­ngumumkan projek infrastruktur pengangkutan awam negara yang meliputi pembinaan landasan kereta api sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat yang dikenali sebagai ECRL bagi manfaat rakyat. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story