Pekerja Restoran Culik Bayi 10 Bulan Milik Pelanggannya

Pekerja Restoran Culik Bayi 10 Bulan Milik Pelanggannya

SEORANG pekerja sebuah restoran yang diamanahkan menjaga bayi berusia 10 bulan salah seorang pelanggan tempatnya bekerja, namun bertindak menculiknya pula.

Portal berita China Central Television (CCTV News) berkongsi rakaman kamera litar tertutup milik restoran berkenaan yang terletak di bandar Shiyan, tengah China.
Menerusi rakaman itu, seorang wanita dilihat membongkok di kaunter untuk melihat bayi berkenaan yang didukung rakan sekerjanya.
Pekerja Restoran Culik Bayi 10 Bulan Milik Pelanggannya
Pekerja Restoran Culik Bayi 10 Bulan Milik Pelanggannya
Malah dia juga dilihat melihat keadaan sekeliling sebelum membawa bayi berkenaan keluar dari premis perniagaan itu bersama bayi tersebut.
Difahamkan si ibu bayi itu meninggalkan anaknya dengan pelayan berkenaan selepas wanita tersebut menawarkan diri untuk menjaganya.
Namun apabila si ibu kembali untuk mendapatkan anaknya, alangkah terkejutnya apabila mendapati pelayan wanita berkenaan sudah hilang bersama bayinya itu, lapor CCTV News.
Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya mengesan pelayan wanita dan bayi berkenaan dalam masa dua jam menggunakan rakaman kamera tertutup premis itu.
Suspek kini ditahan oleh polis tempatan dan mengaku menculik bayi berkenaan.
Katanya, dia menculik bayi itu kerana menyukainya dan mahu menjadikannya sebagai anak angkat. -MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story