Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

PANTANG maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik cemas dialami seorang pemandu tuk tuk wanita China apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Pemandu tuk tuk yang dikenali sebagai Wang itu bertindak pantas dengan melompat keluar dari kenderaannya dalam kejadian yang berlaku di Wenzhou, wilayah Zhejiang minggu lalu.
Menerusi video yang dikongsi oleh stesen CCTV News, Wang yang memandu tuk tuk berwarna biru dilihat keluar dari susur kanan persimpangan jalan dan mahu membelok ke arah kiri.
Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori
Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori
Namun dia berhenti di tengah-tengah persimpangan yang sibuk itu sebelum dilanggar oleh sebuah lori berwarna putih dari arah bertentangan dan kemudian melanggar sebuah kereta berwarna hitam.
Tindakan pantas Wang melompat keluar telah menyelamatkan nyawanya dari menjadi mangsa nahas perlanggaran itu.
Pun begitu, menurut laman Mail Online, Wang turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan kerana tangan kanannya tidak sempat keluar dari tuk tuknya menyebabkannya jatuh ke tanah.
Akibatnya dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan belakangnya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story