Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz

PETALING JAYA – Penceramah wanita yang didakwa menjadi mangsa pukul naib juara program Pencetus Ummah musim kedua Ahmad Faiz Hafizuddin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menceroboh sekolah tahfiz milik Ahmad Faiz atau lebih dikenali PU Faiz.

Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Dia didakwa menceroboh masuk ke premis Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.
Ibu tunggal empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Nurul Intan Sakinah.

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz
NURUL INTAN SAKINAH AZMI

Wanita itu yang diwakili peguam Datin Hazizah Kassim memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000 atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu tunggal dengan empat anak dan hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai penceramah bebas.
“Kami juga memohon satu perintah mahkamah dikeluarkan bagi kedua-dua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di laman sosial yang boleh mengganggu perjalanan kes ini,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu prosiding kes.
Isnin lalu, PU Faiz, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Intan Sakinah di tempat sama. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story