Pokok Hempap Kereta Dinaiki Tiga Beranak

13718785_302535470136501_2648863257027017731_n-640x356

PUTRAJAYA – Sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak dihempap sebatang pokok di Presint 11 di sini petang tadi.
Namun ketiga-tiganya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Zarami Ibrahim berkata kejadian berlaku di Lebuh Sentosa ketika si bapa yang berumur lingkungan 40-an bersama dua anaknya yang masing-masing berumur 14 dan 15 tahun sedang dalam perjalanan menuju Presint 15.
“Hujan dan ribut yang melanda Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan menyebabkan sebatang pokok tumbang di Presint 11 dan menghempap bahagian hadapan kereta BMW itu,” katanya.
Beliau berkata kereta berkenaan hanya rosak sedikit. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story