Rampas pil ekstasi bola Pokemon


Georgetown: Polis tahan lima lelaki dan rampas pelbagai dadah dalam serbuan di Bandar Baru Air Itam dan Jelutong di sini, Jumaat lalu.
Serbuan dilakukan 2.30 petang dan polis merampas dadah jenis syabu, ketamin, ekstasi dan erimin 5 bernilai RM410,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan Maidu Abu Bakar berkata, sindiket terbabit turut dikesan menjual pil ekstasi berbentuk bola Pokemon.
"Pil ekstasi itu dihasilkan dalam bentuk bola Pokemon dan kemungkinan ia sebagai taktik menarik perhatian pembeli terutama di pusat hiburan.
"Semua suspek kini direman selama semingu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. -hmetro



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story