Sehari Lepas ‘Bersilat’, Hidung Jamal Berdarah Ditumbuk

Sehari Lepas 'Bersilat', Hidung Jamal Berdarah Ditumbuk

AMPANG – Pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas mendakwa ditumbuk ketika bergelut untuk mengejar peserta Bersih 5 dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ampang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Jamal dikatakan pada mulanya bersama peserta baju Merah mengekori Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan Bersih 5 di sekitar kawasan Ampang Point.
Suasana menjadi tegang apabila kedua kumpulan itu bertembung yang kemudiannya mencetuskan pergelutan sesama mereka, membuatkan anggota polis yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan kekecohan.
Pada ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui, menyebabkan hidungnya berdarah biarpun sebelum ini beliau dan pengikutnya difahamkan telah ‘bersiap sedia’ dengan latihan kekebalan menahan pukulan dan serangan fizikal.

Melalui rakaman video, Jamal didengar berkata, “Polis tumbuk saya, polis tumbuk saya!” berkali-kali namun memetik laporan Malaysiakini, beliau mengatakan ‘budak Zuraida’ yang memukulnya.
Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
“Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap Bersih sebelum ini). Saya akan cincang mereka,” katanya.
Beliau kemudiannya difahamkan membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story