Siswa Ditahan Tolak GF Ke Landasan Kereta Api

Siswa Ditahan Tolak GF Ke Landasan Kereta Api

SEORANG pelajar sebuah universiti di Jepun telah ditangkap polis kerana bertindak menolak teman wanitanya dari platform ke landasan kereta api stesen Hiyoshi, pada Ahad lalu.

Yuki Ozawa, 22, pelajar tahun tiga di Universiti Keio, didakwa dengan cubaan membunuh teman wanitanya berusia 21 tahun dari institusi yang sama.
Difahamkan, pasangan itu antara sekumpulan pelajar yang pulang dari berhibur sebelum bertengkar sesama mereka sama ada untuk pergi minum atau tidak, kata laman Straits Times Singapore memetik The Japan Times.

Siswa Ditahan Tolak GF Ke Landasan Kereta Api
STESEN KERETA API HIYOSHI

Walau bagaimanapun, mangsa terselamat daripada digilis kereta api selepas seorang penumpang secara kebetulan sempat memberi amaran kepada kakitangan stesen berkenaan.
Kakitangan stesen itu kemudian menekan butang kecemasan untuk menghentikan kereta api kira-kira 400 meter daripada lokasi mangsa terjatuh.
Mangsa difahamkan mengalami lebam pada bahagian lutut akibat terjatuh.
Tambah laman itu, Ozawa mengaku menolak teman wanitanya kerana hilang sabar namun menafikan dia berniat untuk membunuhnya ketika ditahan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story