Trump Menang Umat Islam Perlu Bersatu – IKRAM

Trumph Menang Umat Islam Perlu Bersatu - IKRAM

KUALA LUMPUR – “Adakah terpilihnya Donald Trump (sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), maka akan makin hancurlah negara-negara Islam?

Bagi Ahli Majlis Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr. Nur Aisyah Zainordin, kehancuran dan perpecahan umat Islam telah lama berlaku sebelum kemenangan Trump.
Kata beliau, walaupun siapa pun Presiden AS yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam sebaliknya cuma intensiti impak yang mungkin berbeza.
Justeru, kata beliau, sama ada akan makin teruk atau tidak keadaan umat Islam nanti bukan persoalannya tetapi bagaimana umat Islam dapat bersatu menaikkan semula semangat mereka.
“Umat Islam perlu bersatu biarlah pemimpin umat Islam pula yang memerintah dunia. Apa yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah berusaha menyatukan umat Islam untuk memajukan umat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nur Aisyah dalam pada itu mengingatkan, parti Demokrat di bawah pimpinan Barack Obama membuat pelbagai inisiatif membantu AS keluar daripada masalah ekonomi dunia dan mewujudkan jutaan pekerjaan untuk rakyatnya tetapi kemenangan berpihak kepada Trump.
Menurutnya, keadaan demografi rakyat di AS mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan Malaysia iaitu berbilang kaum dan agama dan masyarakat bandarnya terdiri daripada golongan muda dan intelektual. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story